Monday, October 20, 2008

Lelaki yang ditarik ke neraka...

"Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & berpuasa?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s: Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

...............................................

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T:
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Wednesday, June 18, 2008

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA...

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri dan juga pada saudara saya sesama Islam untuk bekalan hari mendatang..

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti..

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.

Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.

Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.

Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari.

Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?


-dr seorang sahabat-

Mafraq, Jordan.

Monday, June 16, 2008

Bagaimana hati ibu ayah kita..??

Assalamualaikum
Tuan Puan Budiman

Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair,
sewaktu menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil
bercerita. Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati
seorang ibu...


"Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek.
"Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik
jarang sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat
tentang dia. Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat
sini, senang. Tak juga dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah
sangat. Dia kerja besar, orang besar Universiti. Sibuk sangat dengan
kerja dan keluarga dia... Hidup makcik taklah susah, tapi hmm entahlah,
makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah esok, entah lusa, makcik
tak de". Ibu tua itu terdiam lama...


Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan
sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati,
terkilan akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait
dengan hal anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh
tanggungjawab, kini sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang
sudah berkeluarga, punya isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah
miliki kehidupan sendiri. Namun, mungkin dek kerana sibuk dengan
kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, ada adab-adab terhadap
ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh dalam hubungan
kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan perasaan halus
ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan terbiar sepi
dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain nak
faham.

Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih
hebat sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga.
Kadang-kadang kita terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa
semua dah ok. Makan minum ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal
bagus...kira ok dah...Tetapi jauh di sudut jiwanya, mungkin ada
kekosongan yang tidak terisi dgn perkara makan dan minum, mungkin ada
nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka...


Bagaimana Sikap Kita?

Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal
ini. Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah..
Hal ini amat penting kerana :



1. Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita.
Redha Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu
letaknya di bawah tapak kaki ibu.
2. Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil
usia tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan
ambil tempat kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita
berada d tempat mereka.
3. Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok
saja. Tak payah diajar, mereka akan copy semuanya dan install dalam
memori mereka. Waktu kita dah tua nanti, mereka repeat saja.


Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan
ini jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada
tuntutan dan tanggungjawab yang perlu kita buat...Tegasnya, selagi ada
nyawa, ada kesempatan, ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita
boleh usahakan sesuatu...


Wasalam
Hub Islami

P/S:
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai
Ibu! Wahai Ayah!, Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita,
menurut kacamata Islam.

Sila Klik Link Di bawah untuk Naskah Wahai Ibu! Wahai Ayah!
http://www.hubislami.info/promosi-buku-2.html

Saturday, June 7, 2008

iktibar utk diri yg hina...

Pernah tak dengar pepatah pujangga ini?

" Dia ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain"

Sebelum ini saya sering menyangka, persona yang sebegini adalah peribadi yang mulia dan hatinya tulus suci bersih. Selalu saya bercita-cita menjadi sebahagian dari mereka. Melihat nadi perwira yang sebegitu tulus membuatkan saya teruja.

Namun baru-baru ini saya tersentak. Ada seorang pak cik yang agak berpengalaman duduk bersama-sama saya dan teman-teman. Dia berkongsi dengan kami pengalaman dan memberikan nasihat.

" Janganlah kamu semua menjadi jambatan ke syurga, menghantar orang lain ke syurga, tetapi kamu tertinggal di atas neraka"


Mungkin kata-kata itu nampak pelik. Dia menyambung lagi.

" Jangan jadi macam lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain, tetapi diri sendiri terbakar"


Saya tambah berfikir. Akhirnya saya mendapat hikmah kata-katanya. Dan hikmah itu membuatkan hati saya dirundung duka. Duka dengan diri yang lemah dan tidak sempurna, duka dengan hati yang hitam tercela. Duka dengan diri yang tidak dapat menentang nafsu menghawa. Kata-kata pak cik itu mendalam maknanya. Akhirnya makna itu melancar seperti panah yang terlepas dari busur, menuju tepat ke hati saya.

Ada manusia, dia mengajak orang untuk ke syurga, mengenali ALLAH dan mentaati Rasulullah S.A.W. Namun dia terperangkap dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Dia mengajak orang meninggalkan maksiat, tetapi diri sendiri melakukan. Dia mengajak orang beramal, tetapi diri sendiri meninggalkan. Ini bukanlah masalah mampu atau tidak mampu, ini masalah dia tahu dia berbuat kesalahan dan tidak keluar dari kesalahannya.

Saya betul-betul terasa. Hati rasa hangat. Sehangat mentari, saya berfikir semula. Saya juga banyak yang tidak selesai. Patutlah kata-kata ibarat terhijab, doa ibarat tergantung dan diri ini menjadi hiba. Tambah menakutkan apabila pak cik itu menambah,

" ALLAH akan singkap dosa kita yang orang tidak tahu dulu. ALLAH akan aibkan kita di akhirat nanti dengan aib yang seaib-aibnya. Kerana kita di dunia tidak malu di hadapan ALLAH melakukan dosa. Dan pada hari itu ALLAH murka, ALLAH membalas dengan balasan yang lebih dasyat"


Saya terkedu. Takutnya. Hati rasa bergetar. Pak cik itu menambah.

" Ketika itu beberapa orang yang masuk syurga yang melihat kamu, mereka akan bertanya, eh, bukankah kau yang mengajak kami ke syurga, mentaati ALLAH dan mengikuti Rasulullah S.A.W.? Kenapa kau melakukan seperti itu?"


Hati saya tambah sebak. sambung pak cik itu lagi.

" Dari kalangan ahli neraka pula akan berkata, ha....itulah dia. Dia mengajak kita kepada kebaikan tetapi rupa-rupanya dia yang melakukan segala maksiat dan bantahan"

Saya takut, saya tergolong dari kalangan orang2 yang begitu. Saya boleh tahan apa sahaja di dunia ini, saya tidak gentar dengan apa sahaja di dunia ini. Tetapi murka ALLAH, saya tidak pernah bermimpi untuk mengingini.

ALLAH, kalau aku ini dihukum sebegitu, aku akan menjadi malu. Memang dosa ini terlalu banyak. Aku telah mengunci bicaraku, aku telah menggari langkahku, dosaku tetap berlari-lari di dalam aliran darahku. ALLAH,aku telah sujud kepadaMu, memohon dan mengharap rahmat dan belas ihsan daripadaMu, aku memang setiasa tewas pada nafsu, namun aku juga sering bangkit dan memperbaiki diri walau aku sering jatuh kembali.
ALLAH aku memang hambaMu yang lemah. Banyak kelamahan dan kesilapan. Amal solehku bukan untuk aku tunjukkan, tetapi hanya untukMu ya ALLAH, untuk menyelamatkanku dari apiMu. Kasihanilah aku...kasihanilah aku....
Aku merayu....
RABB...
Aku duduk sendiri,
Sepi mengoreksi dan memuhasabah diri. wallahualam...

Friday, May 9, 2008

Cth Da'i Murobbi: Kisah Isteri IHAB...

Sejak mengenal nama Hasan Al Banna, hanya sedikit yang kita ketahui
bagaimana kehidupan rumah tangganya, siapa istrinya? siapa anaknya?
hanya sedikit kita yang mengetahuinya... dan ternyata beginilah
ceritanya....

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid
Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh
seorang
muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan
dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu
hal
yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti kebanyakan orang
waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun rumah kardus. Imam syahid
tengah dan hendak membangun sebuah peradaban.
Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang
yang
ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyadari bahwa dipundaknya ada
amanah yang sama besarnya dengan yang di emban oleh Imam Syahid. Ada
dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi
suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna menyimpan
begitu
banyak geregap. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa
ia
harus siap jika sewaktu-waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa
seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang
bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis, yang
sewaktu-waktu siap menyapanya.

Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus
menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya.
Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya
sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua
adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh
Hasan Al Banna.
Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga
yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan
hidup menjadi istri seorang dai.

Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya.
Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya
untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam
Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah
seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan
tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan
seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada
Imam
Syahid.
Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid-
menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang
sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup.
Satu-satunya yang pernah membuat dirinya gamang adalah, ketika salah
satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan
jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,"Bagaimana jika ia meninggal?".
Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar "Kakeknya
lebih tau bagaimana mengurusnya."

Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya.
Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak
terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid
bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan
komitmen.rnLathifah sangat menyadari peran dan kewajiban asasi seorang
wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya
untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam
hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di
luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal
dari orang selain ibunya.rnKetika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya
belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun
ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh
mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidahk
meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan.

Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat
(percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan
jenis.rnTidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid
inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh
Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya.
Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan
keislamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca
Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya
dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih
menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita
seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan
memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan
keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan
kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang
wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan
masyarakat."

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang.
Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah.
Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad
Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah
duduk
di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas
Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen
kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai
doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya
sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk
anak-anaknya

sekedar informasi tambahan : Hasan Al Banna syahid diusianya yang masih
muda, sekitar 40 tahunan. Setelah seberondong timah panas ditembakkan
oleh musuh-musuh Islam di sebuah jalan di Kairo.rnSebenarnya Hasan Al
Banna masih bisa diselamatkan, tapi karena konspirasi politik para
musuh
Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat la'natullah Gamal Abden
Naser,
membuat tubuh Hasan Al Banna yang sedang sekarat dibiarkan tak berdaya,
tanpa bantuan dari siapapun juga, termasuk dokter-dokter di Rumah
Sakit.
Akhirnya sang pendiri Ikhwanul Muslimun itu pun syahid menemui kekasih
tercintanya, Rabbnya.

Musuh-musuh Islam pun banyak yang tertawa dan berpesta dengan syahidnya
sang Imam, tapi sesungguhnya Hasan Al Banna tidak pernah pergi
meninggalkan pengikutnya.Allah terlalu mencintai hamba-Nya yang satu
ini, sehingga memanggilnya terlebih dahulu.Hal yang memilukan adalah,
meskipun Ikhwanul Muslimun mempunyai puluhan ribu pengikut, tapi tak
seorangpun yang diijinkan untuk mensholati jenazah beliau, kecuali
ayahnya yang sudah udzur, saudara perempuan dan istrinya."



Subhanallah...

Friday, March 21, 2008

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK..

Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama
ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor
ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima
waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak
sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat
berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam
tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif
yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas
ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti
mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor
itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri
dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.

Terdapat riwayat yang shahih bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam
bersabda;

ertinya :

" Sesungguhnya seorang mukmin tercipta
dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan
),

Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa'
( suka lupa ), ( tetapi ) apabila
diingatkan ia

segera ingat. "

Silsilah Hadith Shahih No. 2276

Hadith ini merupakan hadith yang
menjelaskan sifat-sifat orang mukmin,
sifat-sifat yang

senantiasa melekat dan menyatu dengan
diri mereka, tiada pernah lepas hingga
seolah-olah

pakaian yang selalu menempel pada tubuh
mereka dan tidak pernah terpisah
dari mereka.

Mufattan

Ertinya : Orang yang diuji ( diberi
cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.

Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah
orang yang waktu demi waktu selalu diuji
oleh Allah

dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ).

Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu
akan meningkatkan keimanannya,
memperkuat

keyakinannya dan akan mendorong
semangatnya untuk terus menerus berhubungan
dengan

Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan
kelemahan dirinya, ia menjadi tahu
betapa

Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah,
Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih
Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya
Nabi

Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda;
ertinya :

" Perumpamaan orang mukmin ibarat
sebatang pokok yang lentur diombang-ambing
angin,

kadang hembusan angin merobohkannya, dan
kadang-kadang meluruskannya
kembali.

Demikianlah keadaannya sampai ajalnya
datang. Sedangkan perumpamaan seorang

munafik, ibarat sebatang pokok yang
kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun
hingga

( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. "

**HR Bukhari & Muslim

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin
dengan keimanannya yang benar, dengan
tauhidnya

yang bersih dan dengan sikap iltizam (
commitment ) nya yang
sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy

Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian
lupa, kemudian ingat, kemudian
bertaubat.

Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti
telah mewujudkan makna salah satu
sifat Allah

Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang
terkandung dalam namaNya :

Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ).
Allah Subhanahu Wa Taala
berfirman; ertinya :

" Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi
ampun kepada orang-orang yang
bertaubat

serta beriman dan beramal soleh,
kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk
yang

diberikan kepadanya. "

Q.S Taha : 82

Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.

Ertinya : Bila diingatkan tentang
ketaatan, ia segera bergegas melompat
kepadanya, bila

diingatkan tentang kemaksiatan, ia
segera bertaubat daripadanya, bila
diingatkan tentang

kebenaran, ia segera melaksanakannya,
dan bila diingatkan tentang kesalahan
ia segera

menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak
sombong, tidak besar kepala, tidak
bongkak dan

tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati
kepada saudara-saudaranya, lemah
lembut kepada

sahabat-sahabatnya dan ramah tamah
kepada teman-temannya, sebab ia tahu
inilah jalan

Ahlul Haq ( pengikut kebenaran ) dan
jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin
jujur serta berpenampilan luhur,
sedangkan terhadap

orang lain ia berperasaan lembut dan
berakhlak mulia, bersuri tauladan
kepada insan

tauladan paling sempurna iaitu
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang
telah diberi

wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya
yang ertinya :

" Maka dengan sebab rahmat ( yang
melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu
wahai

Muhammad ), engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka (
sahabat-sahabat dan

pengikutmu ), dan kalaulah engkau
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari

dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah
mereka ( mengenai kesalahan yang mereka
lakukan

terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi
mereka dan juga bermesyuaratlah
dengan

mereka dalam urusan ( peperangan dan
hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian
apabila engkau

telah berazam ( sesudah bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu ) maka
bertawakallah

kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya. "

Q.S Aali Imran : 159

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula
jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua'lam Bisshawab

Sunday, March 16, 2008

Untuk Renungan Bersama...

Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.."

Wednesday, February 13, 2008

Kisah Cintaku...

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku? Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...

aku bukan maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari... titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan.. buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Monday, February 11, 2008

Satu renungan dari suatu penjuru...

Barangkali aku dan anda pernah mengalami peristiwa kawan-kawan yang disayangi, yang pada mulanya berpegang teguh pada ajaran islam.. tetapi tidak lama kemudian bertukar sikap menderhakai Allah. Kalau dahulu, dia selalu menjaga makan minum dari sumber yang halal, auratnya dijaga rapi dan selalu merendah diri mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

Tiba-tiba angin perubahan bertiup membawanya bersikap kasar, tidak lagi menjaga makan dan minum dari sumber yang halal, aurat pun didedahkan dan berjalan di atas mukabumi dengan penuh angkuh.

begitu juga, barangkali aku dan anda pernah menemui mereka-mereka yang bersemangat memperjuangkan islam tetapi tiba-tiba beralih corak menjadi seorang yang mengikut hawa nafsunya semata-mata. mengapakah ini terjadi? mereka tahu, Allah lebih-lebih lagi tahu...

Sebenarnya peristiwa ini boleh terjadi jika kita kurang ilmu pengetahuan agama. Hukum memnutup aurat tidak kita pelajari bersungguh-sungguh, hanya sekadar mengikut-ikut perbuatan orang lain. Ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan kebesaran Allah, balasan syurga dan neraka serta hal-hal yang bersangkutan dengan sifat-sifat diri terpuji seperti pemaaf, pemalu, rendah diri dan takut kepada Allah.

Oleh itu, ketika kita masih terpimpin ke jalan yang benar, hendaklah kita mencari ilmu agama. Perlu diingatkan, ketika dan anda menuntut ilmu, janganlah terlintas di hati, belajar ilmu agama untuk mengajar orang lain. Belajarlah untuk memperbaiki diri sendiri. Belajarlah sehingga aku dan anda dapat melahirkannya dalam amal perbuatan. sesungguhnya apabila aku dan anda banyak bercakap kepada orang lain mengenai ilmu itu, banyak tenaga dan fikiran ditumpukan untuk perbuatan itu sehingga aku dan anda menjadi penat. Syaitan pun mengambil kesempatan menjadikan aku dan anda lupa untuk beramal dengan apa yang telah disampaikan.

Ilmu yang tidak dapat diseimbangkan dengan amal perbuatan akan menyeret tuannya ke lembah munafiq. Sahabat Rasulullah s.a.w pernah menemui Rasulullah untuk meminta beliau berdoa kepada Allah agar wahyu tidak diturunkan berturut-turut kerana mereka takut tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada. Jadi, berhati-hatilah dengan perkara ILMU.

Selain mendalami ilmu pengetahuan dan beramal dengannya, perbanyakkan korban pada agama Allah. Misalnya bersedeqah. Sedeqah yang kerap dapat melahirkan cinta kepada Allah. Jika kita dapat menanamkan rasa kasih kita kepada Allah melebihi kasih kita pada yang lain, maka, kita telah dapat berpegang pada tali Allah. Dengan itu, iman kita tidak mudah digugat.

Begitu juga jika aku dan anda perhatikan mereka-mereka yang berubah dari mencintai islam kepada yang sebaliknya, mereka sangat kurang bergaul dengan kawan-kawan yang mencintai islam dan beramal dengan ilmunya.

Bagi mereka yang pada mulanya berkobar-kobar memperjuangkan islam tetapi akhirnya berubah sikap menurut hawa nafsu dan mengejar harta dan pangkat didunia. Mereka mempunyai penyakit -penyakit di dalam hati. Penyakit suka menyampaikan kepada orang lain tetapi tidak beramal dan juga penyakit suka mendengar tetapi tidak beramal.

Kurangnya cerita-cerita sahabat didalam suatu majlis ilmu akan mengurangkan kecintaan pada sahabat yang dengan itu mengurangkan rasa kasih kepada Rasulullah lalu akhirnya kurang mencintai Allah. Sebaik-baiknya di majlis-majlis ilmu agama, perbanyakkan menyebut kisah-kisah sahabat dan kurangkan perkara-perkara yang lebih mirip kepada teori-teori dari ulama'.

Demikianlah beberapa renungan yang boleh kita ambil iktibar darinya, agar aku dan anda tidak tergelincir dari landasan islam yang lurus. Moga-moga aku dan anda tetap pendirian. Sekali perintah Allah dijunjung maka aku dan anda tetap berbuat demikian hingga tiba hari yang diyakini iaitu MATI...

Dan.. di kesyahduan malam yang sunyi ini, bila unggas-unggas mulai berzikir memuji kebesaranNya, sedang manik-manik jernih deras mangalir menuruni pipi, jangan lupa untuk memanjatkan doa...

"Ya tuhan kami, jangan engkau cabut dari hati-hati kami, hidayah petunjuk yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Penganugerah..."

kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t....
InsyaAllah, bertemu lagi...

Sunday, January 27, 2008

kepada mereka yang ada cinta terlarang (bab akhir)

21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain? Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

Alhamdulillah,akhirnya artikel "Kepada mereka yang ada cinta terlarang" ini bertemu ke bab yang terakhir. Akhir kalam,segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T...
yang mana lemah, datang dari kita sendiri...
banyakkanlah istighfar kepadaNya,moga-moga Allah mengampunkan dosa kita semua......

Saturday, January 26, 2008

Kepada mereka yang ada cinta terlarang (bab 3)

13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

insyaAllah,akan bersambung ke episod yang seterusnya....

Kepada mereka yang ada cinta terlarang (bab2)

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

Friday, January 25, 2008

Kepada mereka yang ada cinta terlarang (bab 1)

1. Kami tidak berzina!
-Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?
-Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

InsyaAllah,akan bersambung ke dialog yang seterusnya...

really miss my gen13's MATRI..

so,selepas menduduki exam besar...
atau lebih dikenali lagi sebagai SPM...
kami gen13 MATRI terpaksa berpisah...
mengikut haluan masing-masing...
alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami
'still keep in touch' walaupun berjauhan negeri atau daerah...
harapan agar sahabat-sahabat ana disana sentiasa
berada dalam suasana tarbiyah walaupun sudah
berpisah jauh untuk selama2nya dari gedung tarbiyah dan ilmu iaitu MATRI...
jazakillah kepada cikgu2 dan murobbi2 yang gigih
dan sabar dalam mendidik kami...
walaupun kami selalu memberi banyak masalah dan
ketegangan kepada pihak MATRI...
doakan kami supaya 'kuat' untuk melalui arus yang lebih mencabar lagi...

Allah S.W.T berfirman...,

"bukankah kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayat petunjuk)?Dan kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu
(menyiarkan islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai
kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu,mak (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhgnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."

(Al-Insyirah)


video

Thursday, January 24, 2008

.::Life is searching 4 mardhatillah::.

Setiap kali aku ingin melakukan sesuatu...
seringkali telinga ini terngiang-ngiang.."Life is searching for mardhatillah..."
lantas segala niatku untuk melakukan sesuatu yang Allah tidak sukai...
aku tinggalkan,walaupun sangat berat...
memang..!!amat mudah untuk melakukan kemaksiatan...
tetapi.....
amat susah untuk melakukan kebaikan...
mengapa???
mungkin kerana hati ini terlalu kotor dangan karat-karat jahiliyah..??

Disini..di bumi yang fana ini...
hati ini teramat memerlukan...
pengisian-pengisian yang berbentuk "Tarbiyah Rohaniah,Jasmaniah,Aqliah"...
Thats why family and sahabat sahabiah are for...
sentiasa mengingatkan diri kepada muraqabatullah...
betapa bahayanya arus yang bernama "DUNIA"...
bahawa tempat kekal abadi nan hakiki adalah ukhrawi...
dan...
betapa manisnya Al-Jannah...

semoga setiap apa yang saya lakukan sentiasa berada dibawah Redha Allah...
dan saya amat berharap agar...
mutarobbi,murobbi,guru-guru,ahli keluarga,sahabat dan sahabiah...
yang sentiasa berjuang menegakkan panjiNya agar...
sentiasa menasihati,mendidik,mengajar...
jiwa ini supaya tidak lalai mengingati azab-azabNya...

barakallahu minna waminkum...
jazakallahu khairan kathira...