Barangkali aku dan anda pernah mengalami peristiwa kawan-kawan yang disayangi, yang pada mulanya berpegang teguh pada ajaran islam.. tetapi tidak lama kemudian bertukar sikap menderhakai Allah. Kalau dahulu, dia selalu menjaga makan minum dari sumber yang halal, auratnya dijaga rapi dan selalu merendah diri mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Tiba-tiba angin perubahan bertiup membawanya bersikap kasar, tidak lagi menjaga makan dan minum dari sumber yang halal, aurat pun didedahkan dan berjalan di atas mukabumi dengan penuh angkuh.
begitu juga, barangkali aku dan anda pernah menemui mereka-mereka yang bersemangat memperjuangkan islam tetapi tiba-tiba beralih corak menjadi seorang yang mengikut hawa nafsunya semata-mata. mengapakah ini terjadi? mereka tahu, Allah lebih-lebih lagi tahu...
Sebenarnya peristiwa ini boleh terjadi jika kita kurang ilmu pengetahuan agama. Hukum memnutup aurat tidak kita pelajari bersungguh-sungguh, hanya sekadar mengikut-ikut perbuatan orang lain. Ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan kebesaran Allah, balasan syurga dan neraka serta hal-hal yang bersangkutan dengan sifat-sifat diri terpuji seperti pemaaf, pemalu, rendah diri dan takut kepada Allah.
Oleh itu, ketika kita masih terpimpin ke jalan yang benar, hendaklah kita mencari ilmu agama. Perlu diingatkan, ketika dan anda menuntut ilmu, janganlah terlintas di hati, belajar ilmu agama untuk mengajar orang lain. Belajarlah untuk memperbaiki diri sendiri. Belajarlah sehingga aku dan anda dapat melahirkannya dalam amal perbuatan. sesungguhnya apabila aku dan anda banyak bercakap kepada orang lain mengenai ilmu itu, banyak tenaga dan fikiran ditumpukan untuk perbuatan itu sehingga aku dan anda menjadi penat. Syaitan pun mengambil kesempatan menjadikan aku dan anda lupa untuk beramal dengan apa yang telah disampaikan.
Ilmu yang tidak dapat diseimbangkan dengan amal perbuatan akan menyeret tuannya ke lembah munafiq. Sahabat Rasulullah s.a.w pernah menemui Rasulullah untuk meminta beliau berdoa kepada Allah agar wahyu tidak diturunkan berturut-turut kerana mereka takut tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada. Jadi, berhati-hatilah dengan perkara ILMU.
Selain mendalami ilmu pengetahuan dan beramal dengannya, perbanyakkan korban pada agama Allah. Misalnya bersedeqah. Sedeqah yang kerap dapat melahirkan cinta kepada Allah. Jika kita dapat menanamkan rasa kasih kita kepada Allah melebihi kasih kita pada yang lain, maka, kita telah dapat berpegang pada tali Allah. Dengan itu, iman kita tidak mudah digugat.
Begitu juga jika aku dan anda perhatikan mereka-mereka yang berubah dari mencintai islam kepada yang sebaliknya, mereka sangat kurang bergaul dengan kawan-kawan yang mencintai islam dan beramal dengan ilmunya.
Bagi mereka yang pada mulanya berkobar-kobar memperjuangkan islam tetapi akhirnya berubah sikap menurut hawa nafsu dan mengejar harta dan pangkat didunia. Mereka mempunyai penyakit -penyakit di dalam hati. Penyakit suka menyampaikan kepada orang lain tetapi tidak beramal dan juga penyakit suka mendengar tetapi tidak beramal.
Kurangnya cerita-cerita sahabat didalam suatu majlis ilmu akan mengurangkan kecintaan pada sahabat yang dengan itu mengurangkan rasa kasih kepada Rasulullah lalu akhirnya kurang mencintai Allah. Sebaik-baiknya di majlis-majlis ilmu agama, perbanyakkan menyebut kisah-kisah sahabat dan kurangkan perkara-perkara yang lebih mirip kepada teori-teori dari ulama'.
Demikianlah beberapa renungan yang boleh kita ambil iktibar darinya, agar aku dan anda tidak tergelincir dari landasan islam yang lurus. Moga-moga aku dan anda tetap pendirian. Sekali perintah Allah dijunjung maka aku dan anda tetap berbuat demikian hingga tiba hari yang diyakini iaitu MATI...
Dan.. di kesyahduan malam yang sunyi ini, bila unggas-unggas mulai berzikir memuji kebesaranNya, sedang manik-manik jernih deras mangalir menuruni pipi, jangan lupa untuk memanjatkan doa...
"Ya tuhan kami, jangan engkau cabut dari hati-hati kami, hidayah petunjuk yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Penganugerah..."
kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t....
InsyaAllah, bertemu lagi...
No comments:
Post a Comment