Friday, October 1, 2010

Too close, yet too far...


"Abah, ape maksud too close yet too far ek?"

"Owh, itu ek.. maksudnye walaupun orang tu secara fizikalnya jauh dari kita, tapi hati kita rasa dekat sangat dengan dia..."

"Ohh.... " aku hanya mampu mengangguk...

...........................................................................................................

Sebak seketika, perasaan yang digambarkan oleh ayahku itu, aku sedang mengalaminya sekarang..
sungguh, aku rindu.... aku tersangat rindu memori2 itu...
dan memori2 itu takkan aku dapat lagi sampai bila2, memori bersama insan yang tak akan ku temuinya lagi..

Entah mengapa, perasaan sebak ini bagaikan membuak2 di hati..
Nak balik rumah, kau takde..
Nak bercakap, tak boleh..
Even nak telefon, tetap tak boleh..
apatah lagi nak bersembang, berlawak, lansung tak boleh..
sebab kau memang tak akan boleh bercakap dengan aku lagi..
apatah lagi nak berjumpa..


aku ingat lagi..
waktu itu kita sefamily on the way ke KL untuk renew passport..
lansung tak terduga bahawa itu adalah saat terakhir aku spend masa dengan kau..

sampai di hotel, kau selalu ceritakan mimpi tentang kau terbenam dalam karpet biru..
kau cakap kau sedih, sebab tak de sapa yang tolong..
aku malas nak dengar cerita mimpi kau..
tapi sebenarnya hati kecilku mula risau..

kau bising sebab tak dapat mandi kolam petang tu..
akak, aku and the rest pun berkomplot dengan kau untuk paksa abah izinkan..
selepasa berejam sesi memujuk, around pukul 10pm baru boleh turun kolam..
sejuk, seronok sebab kita2 je yang conquer tempat tu..

tapi..
ada satu ketika yang membuatkan aku rasa benci dengan diri sendiri..
waktu semua orang sedang seronok bermandi manda..
kau menghala ke arahku dengan nafas yang teresak2..
kau cakap..
"hana, nak pelampung boleh tak? rasa macam nak lemas lah.."

aku bagaikan seorang yang pekak..
lansung tak mengendahkan keadaan kau yang mula tercungap2..
aku pergi meninggalkan kau dengan selamba....
sambil mengepit pelampung ketat2..
bodohnya aku...

........................................................

setengah jam kemudian..
tiba2 sahaja adikku farhan menjerit..
"abah! mana farhain?!!"
aku mula kelam kabut..
rasa bersalah yang teramat mula menyulubungi diri..

aku terpaku...

"tu farhain ! tengah kolam tu !! "

aku menoleh ke belakang, dari permukaan atas..
jelas tergambar sekujur badan yang sudah kaku..
terbaring di dasar air..
tidak bergerak..
lansung..

abah pantas menyelam dengan secepat yang boleh untuk menyelamatkan kau..
abah cuba buat bantuan pernafasan, tapi kau tak beri respon apa2..
mata kau tertutup rapat..
sekali sekala kau muntahkan air..
berulang kali bantuan pernafasan di buat..
tapi kau tetap kaku..

security2 hotel mula bertambah..
mereka mula panik melihat keadaan kau..
tak lama kemudian ambulans sampai..
kau di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut..

dalam hati, aku sangat2 berharap agar kau di beri peluang untuk membuka mata lagi..

aku dan sekeluarga bergegas pulang ke hotel dan mengemas bagasi untuk melihat keadaan kau di hospital..

sudah 3 jam kami menunggu..
doktor hanya memesan,
"sabar, kami cuba lakukan yang terbaik, insyaAllah.."

tapi tiada lansung tanda2 positive dari doktor tentang kau..

setelah hampir 4 pagi menunggu..
akhirnya..

"Allah lebih sayangkan anak kamu.."

abah menutup muka..
sambil menangis semahu mahunya..
umi duduk memeluk kami semua..
aku dapat rasa perasaan yang dialami oleh abah dan umi..

aku minta maaf..
aku tau, aku penyebab semua ni..
aku tahu, aku bersalah atas semua ni..
aku lari jauh2..
air mata tak dapat di bendung lagi..
dan akhirnya terburai juga..

"Farhain....
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik..
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik..
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik.."

aku ulang banyak kali..
rasa bersalah yang teramat sangat..
sehinggakan hari ini, walaupun memori pahit itu sudah berlalu 10 tahun yang lalu..

...............................................................

tapi aku tahu, walau bagaimana pahit pun yang aku rasa..
itu sudah menjadi qada' dan qadar Allah..
Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu..

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Munafiqun : 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
(Al-Anbiya' : 35)


sekali lagi aku mohon jutaan kemaafan..
atas segala perlakuan bodohku padamu..
atas segala ketelanjuran kata2 ku..
atas segala ketidakperihatinanku padamu..
maaf maaf dan maaf..

aku pohon..
moga2 rohmu dicucuri rahmatNya, dan berbahagia bersama salafussolihin.. ameennn..

salam rindu dunia akhirat,
hana & family


3 comments:

student said...

ALLAH lebih menyayanginya, bersabarlah.

♥ sakinah hj othman ♥ said...

sedihnya ana...walaupun kat ma3 dlu ang sllu cita pasai adik ang nie kat aq bnyk kali pon...tp skg nie aq baca pon sedih g...sob..sob..sob...

una da witch said...

waaa jgn la bg aq nangeh .
waa sobs sobs .