Thursday, September 16, 2010

BUKAN UNTUK KAMU....



Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas
bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
bukan untuk orang yang cepat mengalah
bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari hanya selepas
ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain
bukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong
bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang
perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information

Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri
bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu
bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh
bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah,
yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari
calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami
bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah,
dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"

dikongsi dari blog:http://www.everjihad.blogspot.com/


p/s: ok, saya terasa seperti ditembak tepat sangat pada hati....
oh, muhasabah diri, muhasabah diri, muhasabah diri.
perbaiki diri kita menjadi seperti yang Allah mahu,
bukan seperti yag kita mahu. ayuh bermujahadah untuk perbaiki diri kita sendiri!!
Kita tak punya banyak masa lagi!!! ayuh!!!

moga Allah redha.

1 comment:

mu'minah said...

ربنا يا مقلب القلوب, ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك امين