Tuesday, April 20, 2010

Istimewa : Selamat Hari Lahir Sayangku.. :)


21 APRIL.. Wahh~!! Hari ini adalah hari istimewa bagiku..

Istimewa? Haha. Actually, hari ni hari lahir ibuku yang ke..? dot dot dot..

Ummi kata, “umur ummi rahsia..” (haha) ok then, tu tak penting..

Yang penting, makin meningkat umur makin dekat dengan Dia. insyaAllah.

Kek yang abah beli semalam kat secret receipe tak sentuh lagi..

Wahh, cepatla farzana balik. Dia cakap

“jangan sentuh kek tu selagi adik tak balik”

Yela2, tak sentuh pun.. tapi bila kamu tu nak balik? Dah kempunan tahap gaban dah nih kat kek tu..

Naik beku dah dalam peti ais tu, kesian kek kesejukan, kan kan?


Selalunya birthday ummi boleh bagi macam2..

Tapi sekarang tengah sengkek, hehe. Biasalah, sem lepas duit keluar macam air..

Boros betul! Huhu. Dah nak buat macam mana, banyak keperluan la bila dah masuk ipt nih.

Lagi2 buku teks, pergh! Bukan tak mau pinjam. Ramai senior dah di ‘book’ buku dia.

So nak tak nak aku kena beli jugak lah. Huhu (yang cerita pasal aku ni kenapa?) adoiyai~


Ok, berbalik pada birthday ummiku nih..

Erm, apa nak cakap eh? Haa.. sempena hari lahir ummiku sayang nih..

saya siti farhana lokman memohon jutaan kemaafan andai ada banyak buat ummi terasa hati,

geram, sedih, terkilan dan macam2 lagi lah. Huhu

Malu sebenarnya nak mintak maaf depan2, so harap2 ummi baca kat blog hana la ye. Hehe.


Cakap pasal mintak maaf nih, terkenang pulak masa lalu..

waktu aku confess kesalahan aku depan ummi.

Pergh! Tiba2 je ada kekuatan, sebelum2 ni tak pernah la pulak nak mintak maaf. Huhu

Bukan apa, aku rasa bersalah sangat kat ummi, sebab yelah..

dah buat dosa kat mak, takkan tak rasa bersalah kot..

orang gila pun ada perasaan tau..

Dah buat salah baru nak terasa bersalah, sebelum buat tak fikir dulu..

Hailar farhana, bila la nak matang. Huhu.

Well, meh nak cerita sikit pasal confession yang aku buat tu..

harap dapat jadi pengajaran buat semua. ^ ^


.......................................................................................................................................................


Di satu petang yang hening.. (intro dah berbunga dah)


Waktu tu aku sedang menemani ummiku ke klinik homeopathy sebab aku ada appointment disitu.

Seminggu tu, aku dan ummiku berulang alik dari penang ke kedah..

Walaupun perjalanan mengambil masa yang agak lama,

dan tol pulak yang tak habis2 mintak duit je..

Tapi ummi nampak cool je, padahal dia baru sahaja pulang dari tempat kerja.

Sanggup hantar dan teman aku buat appointment. Kadang2 maghrib baru balik..




Mungkin aku terharu tengok ummi yang sanggup bersusah payah keranaku.

Aku mula jadi serba salah sebab aku selalu susahkan ummi.. huhu

Entah kenapa, tiba2 aku terasa ada kekuatan untuk buat confession pasal kesalahan lama aku padanya..


“nak cakap ke tak, tak nak cakap ke nak..”


pusing kepalaku memikirkannya..

Tapi tak apa, biarlah aku kena marah pun, asalkan aku lepas dari dibelenggu dosa..

Tak sedap hati bila teringat dosa2 yang dibuat, dosa pada ibu bapa pulak tuh.


Kedaan agak sunyi waktu itu, hanya kedengaran bunyi enjin kereta sahaja..

Setelah agak lama dalam kepalaku macam tunggang terbalik, aku mula bersuara..


“ummi, errmmm... hana nak ngaku satu bende nih. Huhu”


“benda apa?”

ummi hanya tersenyum sambil matanya memandang ke arahku..


“erm, hana kan.. huhu.. ummi jangan marah tau?”


“laa.. nak marah apenye.. cakap pun tak lagi.”


“takde la, hana cakap nanti ummi mesti marah punya.. tapi sorry tau mi.. sorry laa...”




“ya Allah bakpo nak sorry pulok? Tok ghoyak gapo lagi”

Alamak, dah keluar dah loghat kelantan. (saje joking2) hehe


“mi, hana kan.. waktu form 4 dulu.. hana pernah curi duit umi nak beli handphone.. errr..”


Ummiku hanya mampu mendiamkan diri. Mesti kecewa dengan sikapku yang sanggup curi duit ibu sendiri semata2 nak beli handphone!

Alamak, kenapa ummi diam pulak..

marah ke.. aduhh, takut2.. rasa macam nak terjun dari kereta saja..

Tak sanggup tengok muka ibu yang sangat kecewa.. wuuuu~


Ya Allah apa aku nak buat nih, ummi marah ke? Kalau marah cakap laa..

Hana tak buat dah ummi, betul..

Waktu tu tak matured lagi, tak pernah berfikir pun sebelum nak buat..

Janganla ummi benci hana, tu je yang the first and the last!

Dalam keadaan hati yang sangatlah tak tenteram.. tiba2 ummiku bersuara..


“Allah hai hana ni, ummi pun selalu pinjam duit hana. Relax la..”

Ummiku tergelak mendengar pengakuanku..


“mi, pinjam dengan curi lain laa.. pinjam takpe, ni curi mi.. huhu.. sorry.. time tu tak fikir lagi dosa pahala.. huhu”


Ummi hanya tersenyum saja..

“kenapa hana tak cakap nak duit? Kan ummi boleh bagi..”


“ala, kan beli handphone.. takkan la hana nak mintak duit kat ummi kot semata2 untuk beli handphone.. sah ummi tak bagi.. huhu. Tapi mi, hana tak buat dah.. hana dah ganti dah duit ummi”


“patutla hari tu ummi rasa duit ummi banyak semacam, hehe.. “


Pelik betul ummi ni, aku curi duit dia pun boleh senyum lagi.

Kalau anak aku buat perangai macam aku ni, dah lama aku fire! Hehe


Petang tu aku pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat tenteram dan puas hati!

Syukur ya Allah kerana memberiku kekuatan..

Syukur sangat3..


.....................................................................................................................................................................


sampai macam tu sekail kan kasih sayang ibu pada kita?

bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka.

mesti kita dah mengamuk sakan kan?

punyala ibu tu bersifat pemaaf..

walau mereka marah dan terkilan sekali pun..

mereka tak pernah terdetik dalam hati untuk menyimpan dendam ke atas kita..

tapi janganlah kita gunakan kebaikan ibu kita sebagai peluang untuk kita

terus menerus menyakiti mereka..

walau penyabar sekalipun mereka, mereka tetap manusia..

jangan sampai kita tergolong dalam anak2 yang derhaka pada ibu bapa..


mungkin mereka tak kata mereka marah dengan kita..

dan mungkin juga mereka tak tunjuk yang mereka tak puas hati dengan kita..

tapi hati mereka?

sekali terdetik di hati mereka tak redha dengan kelakuan kita..

kita nak jawab depan Allah nanti??

Syurga di bawah tapak kaki ibu, so jagalah hati ibu kita denga sebaik mungkin..

Redha Allah juga terletak pada redha ibu bapa. Ingat tu!


dan..

Jangan jadi pencuri! Walaupun ibu atau orang skeliling kita tak nampak..

Tapi Allah al-Basir nampak..

Luqman menasihati anaknya..


“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi.”




Hilang duit boleh dicari, hilang ibu tiada berganti!

SELAMAT HARI LAHIR UMMIKU SAYANG!!!!



4 comments:

Syafiq said...

baiknye ummi kamu :)
hehe.. curi duit pn leh senyum..

sisfaeez said...

biasela ibu..
ibu mne yang x baik kn? :)

iman12321 said...

tahniah..!!
tu je.. :)

puteri_islah said...

inikah hp yg ilang di dalam tandas itu???
ke pengganti kpd hp itu??
huhu~