Sunday, April 18, 2010

ape nak jadi dengan saye ni. . . . .


Kita selalu diingatkan bahawa kejadian kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah padaNya..
tetapi fitrah manusia yang bersifat pelupa, kadang2 niat kita dalam melakukan amalan seharian tersasar dari keranaNya..
riak? ya penyakit inilah yang sering bersarang dalam hati2 yang bernafas dalam jiwa hamba..

jadi hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pengakuan seorang remaja yang dikenali
sebagai insyirah..
Pengakuan ini dipetik dari laman web langitilahi..
kagum dengan sifat keperihatinan pada dirinya yang ingin membuang sifat yang hampir
kepada syirik kecil ini..
bagus juga jika perkongsian ini dapat di manfaatkan untuk kita bersama..

insyirah wrote:

assalamualaikum kepada sesiapa yg membaca cerita saye ini………….

mula-mulanya ape yang saya ingin katakan yang saya merasa malu menghantar artikel sepert ini….
seoalah-olah saya ini seperti rang yang tiada iman.
Tapi saya tak tahu ape lagi yang saya perlu lakukan untuk menyelesaikan masalah yang membuak-buak dalam saya ini.

Saya terasa ingin berubah menjadi seorang yang taat dalam agama dan taat kepada allah. Namun, setiap kali saya berubah, perasaan riak dan rasa semakin jauh daripada Allah pasti ada. seolah-olah saya tidak pernah melakukan dosa sebelum ini.

seolah-olah saya ni orang yang beriman dengan sebenar-benar iman.
hakikat yang sebenarnya semua itu adalah salah dan tipu daya semata-mata.
Saya akui yang saya sebelum ni pernah diberi hidayah oleh allah.
ada masa itu saya dapat merasakan nikmat kemanisan itu.jika sebelum ini saya bertudung biasa, namun selepas mendapat hidayah itu saya telah berubah dengan memakai tudung labuh. Namun, tanpa saya sedari, saya telah bersikap riak, takkabur dan ujub dengan hidayah itu.


Dan kini hidayah itu telah jauh meninggalkan diri saya,
hinggakan saya berasa jiwa saya penuh kosong.
malah perkara-perkara akidah juga pernah saya pertikaikan dan ada yang saya tidak percayai. Apa yang boleh saya katakan saya seperti seorang yang batal akidahnya.

Namun, pada masa yang sama saya rasa teringin untuk menjadi hamba kepada tuhan yang satu. adakah saya masih islam atau saye telah jatuh kufur.
Saya bukan tidak berusaha untuk berubah.
saya ada juga berusaha.
cthnya, saya selalu membaca buku2 agama, malah bku langit ilahi juga pernah saya baca.
namun, apa yang saya baca hilang begitu sahaja seperti debu yang berterbangan..

Ke surau tiap-tiap hari saye pergi.
namun, ketenangan dan kemanisan iman tetap tidak pernah saya rasa.
Apa yang saya lakukan ialah bersikap riak dengan amalan yang saya lakukan.
merasakan yang saya ni bagus, dan iman saya benar-benar mantap.
sayalah orng yang paling baik.
malah saya juga memegang jawatan ajk surau di tempat saya belajar.
jika dah pegang jawatan itu, persepsi yang saya perlehi ialah saya ni merupakan orang yang baik. Jika dahulu, saya tidak pernah terfikir untuk bercouple, namun kini, saya telah cenderung untuk bercuple malah turut berkhayal untuk memiliki kekasih…….
selalu berangan-anagan. saya benar-benar telah kehilangan diri saya sebelum ini.

jika semasa saya beroleh hidayah, saya selalu melakukan amalan-amalan sunat,
namun kini yang wajib itu pun susah untk saya lakukan. cthnya, solat lima waktu.
ditambah lagi, dengan ibu bapa saya yang tidak menjaga solat lima waktu mereka.

Bukannya mereka tidak solat, mereka solat namun tidak cukup lima waktu itu.
hati dan jiwa saya benar-benar rasa kosong. seolah-olah saya ini tidak bertuhan……

sedihnya saya rasa apabila memikirkan rakan-rakan saya yang mana hidayah yang mereka perolehi bertambah dari hari ke hari.
Namun, hidayah saya pula semakin berkurangan..
apa yang saya prlu lakukan lagi..
sya benar-benar tidak berdaya untuk melakukan sesuatu bagi merubah nasib saya…….

saya seperti orang kafir, musyrik dan munafik jika sikap-sikap demikian saya terus saya lakukan……
bantu saya!!!!!!!!!!!

actually, ku cuba semampu yang boleh untuk menjawab persoalan saudari insyirah ini, tetapi jika ada khilaf pada kata2, mohon rakan2 dan pembaca sekalian untuk perbetulkan :)


sisfaeez wrote:

Assalamualikum w.b.t..
Ukhti fillah,
Pertama dan selamanya, izinkan diri yg terlalu hina & kerdil ini memohon jutaan
kemaafan kpd Allah.. Tak terlintas lansung nak sakitkan hati sesiapa..
Kita warnai dunia kita dgn tangan sendiri.. Andai tangan terpesong, buruklah lukisan yg dihasilkan.. Begitu juga diri kita, peliharalah hatimu dan dirimu..

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yg layak utk berkongsi pendapat ttg msalah saudari.. Tapi, selagi kita bersaudara.. Saya akan sedaya upaya bantu saudari dan dalam masa yg sama saya cuba perbaiki diri saya sendiri.. InsyaAllah..

Setiap hamba Allah tu pasti diuji, t'masuk diri saya sendiri..
Honestly, waktu saya zaman sekolah dahulu saya ni dalam kategori budak2 bermasalah.. Perangai saya sangat contra dgn kakak saya yg mana dia adalah seorg pengawas juga ketua biro dakwah dan tarbiyah di sekolah saya..

Tapi Allah tu maha mengetahui.. Saya teringin nak jadi macam kakak saya, tak pernah tinggal solat surau, tak pernah buat masalah dekat sekolah, sentiasa luangkan masa dia untuk kerja2 dakwah..
Dari contoh tauladan yg ditunjukkan oleh kakak saya, saya berinspirasi utk perbaiki diri saya sendiri supaya menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni..

Tapi, satu benda yang selalu mengganggu bila saya nak buat kebaikan iaitu riak.. masalah2 hati ni memang susah utk dibuang kalau tak dibendung dari awal.. Ustaz saya selalu pesan..


“Syaitan tu licik, kalau dia tak dapat hasut kita supaya jauhkan diri dari buat kebaikan, dia akan guna cara lain pula utk hasut kita iaitu melalui HATI.. contohnya, kalau dahulunya kita tak pernah lakukan solat dhuha, kita cuba utk constant solat dhuha setiap pagi.. dari segi perubahan memang bagus sebab kita cuba utk buat benda baik, tapi cuba periksa balik hati kita.. kita mula akan rasa riak dan ujub atas perubahan baik dalam diri kita..”


“Innamal a'malu binniat”.. Setiap amalan itu bermula dengan niat.. Bila sentuh tentang hadis ni, kita dapat lihat bahawa pentingya niat sebelum melakukan sesuatu.. Pasang niat sebelum kita lakukan sesuatu utk siapa?? sebab apa?? Allah redha tak apa yang kita nak buat tu?? Paling penting, nak buat apa2 kita niatkan kerana Allah.. dan benda yang kita nak buat tu mesti tak berlanggar dengan syara'..

Dan sentuh pasal riak pula.. Cuba kikis perasaan2 tu dengan.. : Apabila kita hendak lakukan sesuatu kebaikan, cuba kita ingatkan balik hati kita.. Ada orang yang lebih baik dari kita.. Ada orang yang lebih banyak lakukan amalan kebaikan dari kita.. Ada orang yang Allah tinggikan darjat dia dekat dunia lagi kalau nak bandingkan dgn diri kita yang serba hina ni.. Anggap apa yang kita lakukan hanyalah benda kecil sahaja.. sentiasa tanamkan diri kita dgn sifat rendah diri, tapi jangan sampai kita merendah-rendahkan diri pula.. Bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan..

Penting utk kita jauhkan diri dari sifat mazmumah ini kerana jika tidak dibendung,
ia akan memberi kesan2 yang buruk pada diri dan hati kita..
Ingin saya kongsi sedikit kesan2 negative sikap riak dan ujub dari buku Syed Mahazir Shariff Ahmad - merawat penyakit 7 hati :



- Terjerumus ke dalam sikap terpedaya dan sombong
- Terhalang dari bimbingan illahi(taufiq hidayah)
- Putus asa saat menerima cubaan dan musibah
- Dijauhi dan dibenci dari orang lain
- Mendapat seksa Allah di dunia dan di akhirat

Tanda2 penyakit ujub ini :
- Merasa diri suci
- Mengabaikan nasihat
- Senang mendengar aib temannya

Ingin saya tambah kan sedikit lagi tentang cara2 merawat penyakit riak dan ujub :
• Selalu menyedari hakikat diri ; menyedari bahawa diri ini diciptakan dari tanah yg dipijak-pijak kaki, lalu menjadi air hina yang jika orang melihat, pasti akan merasa jijik. Dirinya akan dikembalikan ke dalam tanah, kemudian menjadi bangkai busuk yang dijauhi manusia. Semasa hidup, ia selalu membawa kotoran tersebut tidak keluar, ia akan merasa sakit.Kesedaran seprti ini akan sangat membantu seseorang dalam mencegah dan mengubati penyakit ujub serta akan mengerti dirinya dari kelalaian dan kesesatan. Bahkan cara ini juga dapat menjaganya tidak terjerumus utk kedua kalinya pada sikap ujub. Dalam sebuah kisah pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w :

salah seorang soleh menempuh cara tersebut ketika ia merasa bangga dengan dirinya sambil berkata pada dirinya. “Tahukah engkau siapa aku?” lantas ia menjawab sendiri, “ya, aku tahu siapa dirimu. Kamu dahulu hanyalah setitis air yang hina. Kamu akan menjadi bangkai busuk dan semasa kamu hidup kamu selalu membawa kotoran..”



• Sentiasa menyedari hakikat kehidupan di dunia dan di akhirat.
• Sentiasa mengingati nikmat2 Allah yang berikan pada kita ; memiliki fizikal yang sempurna, lahir dalam keluarga yang faham islam, etc.
• Bertafakkur akan kematian dan kehidupan sesudahnya ; Sentiasa mengingati akan azab2 lantaran dari maksiat yang kita lakukan.
• Sentiasa mendengar nasihat Al-Quran dan As sunnah.
• Sentiasa menghadiri majlis2 ilmu.
• Memerhati keadaan orang yang sedang sakit.
• Mendengar nasihat ibu bapa, kawan, saudara terdekat tentang bahaya ujub.
• Memutuskan hubungan dengan orang2 yang suka ujub.
• Menolak dari jadi pemimpin ; Dapat memudahkan seseorang itu bebas dari penyakit ujub kerana dia merasa belum siap atau belum memiliki bekal utk melawan bisikan syaitan supaya riak dengan jawatan yang diberi.
• Sentiasa memerhati kisah hidup orang soleh.
• Mengawal sikap sombong ; melayani dengan baik orang yang berstatus lebih rendah, berbelanja makanan ke pasar, memenuhi keperluan sendiri dan perilaku lain yang sering dilakukan oleh orang2 soleh terdahulu.
• Menyertai orang yang beramal di jalan Allah.
• Sentiasa muhasabah diri.
• Memahami akibat dan kesan penyakit ujub.
• Memohon pertolongan pada Allah S.W.T.
• Mengutamakn kualiti diri.




Akhir kalam, selamat berjuang saya ucapkan pada saudari..
Kekuatan usah ditunggu, tapi harus di bina dengn sendiri..
Apa yang saudari perlu lakukan sekarang,

usaha utk berubah.. Sentiasa berdoa supaya Allah beri kekutan pada saudari..
Mintak sungguh2 pada Allah supaya Allah buka hati utk berubah.. InsyaALLAH..
Allah tu maha pengasih, Dia takkan sia2kan doa hambaNya.. Dan yang paling penting, tawakkal dan yakin dengan janji2 Allah..
Yang baik datang dari Allah, yang mana buruk datang dari saya sendiri.. Sekali lagi saya mohon kemaafan pada Allah dan pada semua jika ada kesilapan pada kata2 saya.. Wallahu'alam..

No comments: