Saturday, October 22, 2011

Kesibukan dunia yang sementara.


Pagi ini, aku bangun dengan linangan air mata..
entah kenapa.
perkataan yang seringkali berulang di dalam kotak fikiranku.

"kematian sentiasa mengintaimu dari jendela.."

aku sebak.

mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian.
sehinggakan lupa untuk duduk bersimpuh dihadapan Allah.
memuji kebesaranNya..
memohon keampunanNya..
mengingat kembali nikmat-nikmatNya yang sentiasa mengalir tanpa henti..

sejak kebelakangan ini,
sering juga aku bermimpi menziarahi saudara-saudaraku, guru-guruku yang
sudah tiada di alam ini.

mungkin juga Allah ingin mengingatkanku.
kematian itu akan hadir pada bila-bila masa sahaja.
adakah berbaloi kesibukan ini jika pengakhirannya hanyalah di neraka?
adakah berbaloi jika kesibukan ini tiada redha dan rahmat disisi Allah?

naudzubillahi minzalik..

terkadang, kesibukan ini membuatkan kita terlupa asas-asas kehidupan kita.
sebagai seorang anak, sahabat, juga yang paling penting sebagai seorang hamba
kepada RabbNya.
terkadang kita lupa bahawa masa ini adalah milik Allah, bukan milik kita sepenuhnya.
juga kita selalu terlupa bahawa kehidupan kita ini disusun oleh Allah.
kita tiada hak dan kuasa untuk menyusun hari-hari kita sepenuhnya.
kalau Allah hendak matikan kita, 
bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali HaqNya.

Rugilah, jika masa yang sekejap ini pengakhirannya bukan di Syurga.
kerana kemenangan yang sebenar bukanlah apabila cita-cita kita tercapai seperti mendapat kerja yang professional dan sebagainya.
Tetapi kemenangan yang sebenar adalah apabila saat kaki kita bertapak di Syurga ALLAH SWT..

Terngiang-ngiang kembali Surah Al-Imran ayat 185 :


 
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara."

Ya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya..
Aku merayu padaMu Ya Allah..
janganlah engkau golongkan aku dalam golongan orang-orang yang rugi...



Friday, September 30, 2011

~Rintihan Ibnu Jauzi~

 "Ya Allah, jika Engkau seksa aku di akhirat nanti, jangan engkau khabarkan kepada mereka bahawa yang diseksa itu dahulunya adalah seorang dai'e.."

Sunday, September 25, 2011

Zuhud..


 
 
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَصِيرٍ , فَقَامَ وَقَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبِهِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , لَوِ اتَّخَذْنَا لَكَ وِطَاءً ، فَقَالَ : " مَا لِي وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا "قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Abdullah bin Mas'ud ra berkata:                                                                                    Nabi saw pernah tidur di atas tikar, kemudian baginda bangun dan terdapat kesan tikar pada tubuhnya. Kami berkata: Ya Rasulullah, seandainya kami mengambil alas untuk kamu. Jawab baginda: Apa aku kisah dengan dunia. Tidaklah aku di dunia melainkan seperti pengembara yang singgah berteduh di bawah pokok, berehat kemudian meninggalkannya
 
*Sunan at-Tirmizi: Kitab Zuhud, Bab Mengambil Harta Dengan Betul: 2312, hadis hasan sahih
.

Saturday, September 3, 2011

Engkau pergi meninggalkanku..

 Aku lihat Ramadhan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata,

" Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".
...
Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........
Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

Thursday, August 25, 2011

Change isn't a bad thing.. :)




Aku tersentuh dengan tulisan Abdullah b.Abdul Aziz Al-Aidan dalam karangannya Tarbiyah Dzatiyah (Peningkatan Diri)..

Aku sangat bersetuju, tidak ada yang dapat merubah atau meningkatkan diri kita melainkan usaha dari kita sendiri.. Siapa lagi yang kita harapkan? Tambahan dengan situasi kita yang jauh dari ibu bapa, yang jauh dari biah solehah (suasana yang baik), yang jauh dari murabbi kita.. Siapa lagi yang mampu mengawal diri kita dari anasir jahiliyah melainkan diri kita sendiri..


Dan jika dilihat kembali bagaimanakah keperibadian golongan Quran yang unik a.k.a sahabat-sahabat baginda R.A terhasil? Ini tidak lain kerana peningkatan diri mereka berjalan seiring dengan nafas mereka.. Mereka sentiasa muhasabah dan membaiki diri mereka serta memenuhi waktu dan masa hanyalah dengan persiapan-persiapan untuk menghadapiNya di sana..

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(al-hasyr:18)

Nak berubah memang susah.. Hambatan jahiliyah sangat kuat menarik kita, dan pelawaan-pelawaan dunia yang sentiasa mempesona sentiasa menggugah jiwa kita dari mendekatkan diri kepadaNya.. Namun ingatlah wahai teman dalam firmanNya

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.”

(Al-Hajj : 38)

Dan juga dalam sabdaNya, “Jagalah Allah, nescaya Dia menjagaMu. Jagalah Allah, nescaya engkau mendapatkanNya di depanmu.” (H.R Tarmizi)


Dan juga jangan dilupa, sabar adalah antara bekalan terbaik dalam beramal dan untuk meningkatkan diri kita.. Kerana jalan menujuNya dan untuk mendapatkan syurgaNya yang mahal sentiasa penuh dengan duka dan susah payah..

“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”



(Al-Baqarah:155)

Namun semua yang berlaku pada kita sebenarnya adalah peluang untuk kita meningkatkan iman dan amal kita.. Untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.. Pandanglah segala ujian dan kesusahan yang melanda kita sebagai batu loncatan yang makin menguatkan ‘itiqad dan mujahadah kita untuk mendapat redhaNya..

“Luar biasa urusan orang mukmin. Semua urusannya baik dan itu tidak berlaku pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah, dia bersabar dan itu baik baginya” (H.R Muslim)


Dan beruntungnya kita adalah kerana kita ada Dia untuk kita mengadu segalanya.. Dia sentiasa dekat dan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-hambaNya.. Jadikanlah doa itu sebagai senjata dan perisai diri kita supaya kita terus tsabat di atas jalanNya.. Ataupun jika kita jatuh tersungkur dan lemah, Dia sentiasa menguatkan dan membangunkan kita kembali..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Al-Baqarah:186)

“Iman pasti lusuh di hati salah seorang dari kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian.. Kerana itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kalian.” (H.R At-Thabrani )

Dan untuk berubah, perlunya kita pada ilmu.. Supaya kita tidak beramal dengan amalan yang sesat, ataupun yang jauh dari sunnah RasulNya.. Hadirlah sebanyak mungkin kuliah-kuliah ilmu dan perbanyakkanlah bacaan buku fikrah.. Namun jangan dilupa, Quran dan Hadis adalah pembimbing utama kita.. Kawan-kawan yang baik juga adalah antara penyumbang utama dalam peningkatan diri kita.. Kerana di sinilah berlakunya proses ingat-mengingatkan, saling menasihati dan saling membimbing kearahNya,insya Allah..

Akhir kata, nothing is impossible.. Kalau orang melayu pula, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih..

Selamat mujahadah! ;)

Thursday, July 21, 2011

Life goes up and down..



Ya Allah, kami tidak mampu memelihara diri kami
dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu,
melainkan dengan pemeliharaanMu.

Oleh itu, peliharalah diri kami dari keterjerumusan itu!


Tuesday, July 12, 2011

Segerakanlah balasannya ke atasku di dunia..



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَادَ ‏ ‏رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ ‏ ‏خَفَتَ ‏ ‏فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ ‏ ‏ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ ‏ ‏أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ

Maksudnya: Anas bin Malik R.A. berkata: 


“Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya).
Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya:

“Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?”
Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.”
Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: 

“Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka."


Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)

sumber : bin-sahak