Thursday, August 25, 2011

Change isn't a bad thing.. :)




Aku tersentuh dengan tulisan Abdullah b.Abdul Aziz Al-Aidan dalam karangannya Tarbiyah Dzatiyah (Peningkatan Diri)..

Aku sangat bersetuju, tidak ada yang dapat merubah atau meningkatkan diri kita melainkan usaha dari kita sendiri.. Siapa lagi yang kita harapkan? Tambahan dengan situasi kita yang jauh dari ibu bapa, yang jauh dari biah solehah (suasana yang baik), yang jauh dari murabbi kita.. Siapa lagi yang mampu mengawal diri kita dari anasir jahiliyah melainkan diri kita sendiri..


Dan jika dilihat kembali bagaimanakah keperibadian golongan Quran yang unik a.k.a sahabat-sahabat baginda R.A terhasil? Ini tidak lain kerana peningkatan diri mereka berjalan seiring dengan nafas mereka.. Mereka sentiasa muhasabah dan membaiki diri mereka serta memenuhi waktu dan masa hanyalah dengan persiapan-persiapan untuk menghadapiNya di sana..

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(al-hasyr:18)

Nak berubah memang susah.. Hambatan jahiliyah sangat kuat menarik kita, dan pelawaan-pelawaan dunia yang sentiasa mempesona sentiasa menggugah jiwa kita dari mendekatkan diri kepadaNya.. Namun ingatlah wahai teman dalam firmanNya

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.”

(Al-Hajj : 38)

Dan juga dalam sabdaNya, “Jagalah Allah, nescaya Dia menjagaMu. Jagalah Allah, nescaya engkau mendapatkanNya di depanmu.” (H.R Tarmizi)


Dan juga jangan dilupa, sabar adalah antara bekalan terbaik dalam beramal dan untuk meningkatkan diri kita.. Kerana jalan menujuNya dan untuk mendapatkan syurgaNya yang mahal sentiasa penuh dengan duka dan susah payah..

“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”



(Al-Baqarah:155)

Namun semua yang berlaku pada kita sebenarnya adalah peluang untuk kita meningkatkan iman dan amal kita.. Untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.. Pandanglah segala ujian dan kesusahan yang melanda kita sebagai batu loncatan yang makin menguatkan ‘itiqad dan mujahadah kita untuk mendapat redhaNya..

“Luar biasa urusan orang mukmin. Semua urusannya baik dan itu tidak berlaku pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah, dia bersabar dan itu baik baginya” (H.R Muslim)


Dan beruntungnya kita adalah kerana kita ada Dia untuk kita mengadu segalanya.. Dia sentiasa dekat dan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-hambaNya.. Jadikanlah doa itu sebagai senjata dan perisai diri kita supaya kita terus tsabat di atas jalanNya.. Ataupun jika kita jatuh tersungkur dan lemah, Dia sentiasa menguatkan dan membangunkan kita kembali..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Al-Baqarah:186)

“Iman pasti lusuh di hati salah seorang dari kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian.. Kerana itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kalian.” (H.R At-Thabrani )

Dan untuk berubah, perlunya kita pada ilmu.. Supaya kita tidak beramal dengan amalan yang sesat, ataupun yang jauh dari sunnah RasulNya.. Hadirlah sebanyak mungkin kuliah-kuliah ilmu dan perbanyakkanlah bacaan buku fikrah.. Namun jangan dilupa, Quran dan Hadis adalah pembimbing utama kita.. Kawan-kawan yang baik juga adalah antara penyumbang utama dalam peningkatan diri kita.. Kerana di sinilah berlakunya proses ingat-mengingatkan, saling menasihati dan saling membimbing kearahNya,insya Allah..

Akhir kata, nothing is impossible.. Kalau orang melayu pula, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih..

Selamat mujahadah! ;)

No comments: