Sunday, March 27, 2011

kembali padaMu..




kadang-kadang apabila terlanjur berbuat dosa..
berat rasanya untuk memohon ampun padaNya..
bukan kerana sombong..
bukan kerana malas..
dan bukan juga kerana tidak takut pada azabNya..
tetapi..
aku malu..
sungguh, aku malu denganNya..
tiap kali mengadapNya..
selalu mengharapkan ampunan serta pertolongan dariNya..
tetapi..
pabila aku terleka..
lalai dalam melakukan tanggungjawab sebagai hambaNya..
aku mengerjakan dosa yang lain pula..
kemudian, sujud..
merintih, menangis..
memohon ampunanNya kembali..

keadaan ini seringkali berulang..
wahai hamba yang hina..
tidakkah engkau berasa malu??

dalam keadaan rasa yang cukup serba salah..
dan keliru..
aku cuba menyelak kembali ayat-ayat suciNya..
perlahan2 ku ratapi bait-bait suci itu satu persatu..
sehinggalah aku terpandang ayat ini..

".....Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka,
sedang mereka (masih) memohon ampunan.." (Al-Anfal : 33)


lantas ku sujud..
menyerahkan segala2nya padaNya..
dan memohon ampun padaNya..
dengan sebenar-benar keampunan..




6 comments:

tomoyo_chan said...

Allah sangat ar-Rahman dan arRahim..
saat hamba berulang kali mengingkari dan terleka, dia tetap memberi kasih sayangNya.. tetap menganugerahkan dan melimpahkan rezeki buat kita..
Bersyukurlah..

Semoga kita semua tergolong dlm kalangan hambaNya yang bersyukur dan kembali padaNya dgn penuh keimanan dalam diri..

May Allah bless you, dear ana!
all the best..

Safi ArRahman said...

Pulanglah kepadaNya, dakaplah keampunanNya, sungguh manusia itu sangat perlu bergantung pdNya.

Ya Allah, jgnlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami. Ya Allah, redhakanlah kehidupan kami.

Moga Allah bersama kita selalu.


p/s maat taufik wan najah dik. sentiasa merindukan mu. strive for the very best to the ultimate success, may Allah bless.

doakan u akak. lov u fillah (^_^)

mu'minah said...

adik yg diingati
semoga Allah sentiasa menjadikan kita daripada golongan yg disebutkannya dalam surah ali imran ayat 135
والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون

sisfaeez said...

to tomoyo_chan & kak Safi ArRahman & kak mu'minah : jazakillahu khairan jaza.. moga Allah sayang kamu, saya dan kita semua.. :')

Khairiah Turahim said...

MasyaAllah,this post is so touching TT,jazakillah khayr for sharing dear.

sisfaeez said...

welcome my dear sis.. may ALLAH loves all of us :)