Friday, February 4, 2011

Trend mem'Burn'..




suatu hari di kelas calculus, 8:35 a.m..


si A : peh, hari ni aku bangun lewat giler ana.. kau bayangkan pukul 8.15 a.m baru bangun. menggelabah la jugak aku tadi, nasib baik tak sampai kelas lambat, kalau tak malu je.. (sambil tersengih2)

aku
: erk? kau sempat solat subuh tak?


si A
: weh dah bangun pun lambat, mana sempat sembahyang cik ana oi.
Burn jela jawabnyer..

aku
: erkk?


keesokan harinyer..


si A : ana, hari ni aku bangun lewat lagi....

aku
: (seperti biasa) subuh?


si A : burn burn burn... huhuhu.. macam mana nih ana..

aku
: ......................... (speechless)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ingatkan tiket bas je yang main 'burn'2 ni, tak sangka pulak solat pun ada..

hurm, aku pulak bodoh jugak, kenapala tak tanya.. "eh, kau taknak qadha lepas ni ke?"

atau... "weh, tinggal solat berdosa tau.."...

tapi semua tu tak keluar pun dari mulut aku...

dushaakk! (ketok kepala kejap) -_-"


duh, sepatutnya dah terang tang tang kawan kita buat salah tegur la kan..

tapi, takut juga kalau tiba2 dia terasa bila di tegur..
pastu mula tarik muka..

hei2, positive ana positive...

kenapa mesti pentingkan redha manusia dari redha ALLAH..?

hurm, macam mana ni...


aku tau, bukan dia sengaja bangun lewat..

dan aku tau...

bukan dia sengaja pasang niat esok memang dia nak burn solat subuh dia..

kalau tak, mana mungkin terpacul dari mulutnya..


"macam mana nih ana..."


ada cikgu aku pernah pesan sebelum ni..

"kalau nampak kawan kita berada dalam gelap, jangan marah dia, kenapa kau duduk dalam gelap nih? sebenarnya dia pun tak mahu berada dalam gelap, ingat seronok ke duduk dalam gelap macam ni? so apa yang kita perlu buat, tarik dia slow2 dari kegelapan tu ..."

ok, sekarang ni kita cuba positive..

kita tau dia bukan sengaja right?
memang bagi setengah orang, "ala benda kecik je ana.."


TAK, BAB2 SOLAT NI BUKAN BENDA KECIK, BUKAN BENDA MAIN2..


kalau kita selak balik buku '10 Wasiat Hassan Al-Banna', wasiat pertama yang beliau tekankan
adalah SOLAT.
"Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara."

Al-Quran sendiri menyebutkan tentang solat hampir di seratus tempat..
dan tak sia-sia pun kalau kita solat ni, terlalu banyak sangat keistimewaan yang Allah mention dalam Al-Quran..


first sekali kalau nak tau, solat ni sumber kejayaan. Allah ada berfirman :
"sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan dirinya (Dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia bersembahyang"
( Al-A'la : 14-15 )
Solat juga penting dalam memelihara kita dari penyelewengan dan perlakuan maksiat. Rasulullah s.a.w pula bersabda :
"Siapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya dari (melakukan) kejahatan dan kemungkaran, solatnya itu tidak menambah (sesuatu) kecuali semakin menjauhkannya dari Allah"
(Hadis riwayat Ibnu Mas'ud dan Ibn Abbas dan lainnya.)
Dalam riwayat lain pula Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solatnya itu tidak dapat menambah (sesuatu) kecuali kemungkaran Allah."

Dalam satu riwayat ada menceritakan tentang seorang pemuda dari golongan Ansar, beliau ni memang selalu solat bersama-sama Rasulullah, but still buat jugak perkara2 yang diharamkan. so, ade la sahabat2 yang tau pasal pemuda ni and report terus pada Rasulullah, then baginda bersabda:
"Solatnya itu akan menghalangya (dari melakukan perkara yang haram itu)."

Dalam masa jarak yang tak lama, kenyataan Rasulullah tu betul and pemuda tu bertambah baik + istiqamah mengikut syarak. Rasulullah pun bersabda :
"Tidakkah telah saya katakan kepada kamu?" (yakni solatnya akan menghalangnya dari perbuatan keji dan mungkar.)

kelebihan yang lain, solat ni merupakan pertolongan paling besar untuk orang2 yang berada dalam kesusahan, kegentingan..

even Rasulullah sendiri pun, apabila baginda ade masalah, beliau akan melakukan solat..
macam tu jugak keluarganya, pabila keluarga baginda menghadapi masalah, baginda akan perintahkan mereka untuk melakuka solat..


tapi, jangan pulak waktu susah je baru nak solat, waktu senang tak buat. haaa..
sape buat sape buat.. baik mengaku cepat :D

Dan kalau kita perasan la kan, bila Allah sebut pasal solat dalam Quran, mesti Dia akan sebut dulu pasal solat, then barulah disebut bersama2 ibadat yang lain..
kecuali la kalau ibadat
yang disebut bersama2 solat tu lebih istimewa kedudukannya dari solat. macam dalam ayat ni :
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. " (Al-Ankabut : 45)

"
Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat.." (At Taubah : 11)


So disebabkan kedudukan solat ni tinggi, kita lihat banyak nas-nas Al-Quran yang perintah kita supaya solat ditunaikan dan dijaga dengan sempurna..
firman Allah :
"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah penolongmu..." (Al-Haj : 78)

Dalam medan perang pun, walaupun para sahabat dok sibuk menentang musuh, tapi mereka still jugak tunaikan solat secara jamaah.
Secara jemaah pulak tu, bukan sorang2..


ni apatah lagi kita, perang pun tak..
nak kata sibuk pun, sibuk apa la sangat..
makan still boleh lagi.. mandi pun, takkan tinggal punya..

tidur pun kalau boleh nak lebih dari 8 jam, so tak kan sembahyang berapa rakaat pun tak boleh?


kalau nak cakap pasal kelebihan solat ni sampai esok pun takkan habis..

so kat sini kita boleh nampak, Allah tak ciptakan satu benda tu dengan sia-sia kan?

hidup kita ni sekejap je, kita takkan kekal di sini..

jadi rugila kan kalau kita habiskan masa yang sekejap ni dengan benda yang sia-sia..

bayangkanla, kalau burn satu solat kita dah miss banyak sangat keistimewaan solat tu..
dan bukan takat miss keistimewaan solat je, siap dapat dosa lagi..
dosa besar pulak tu..
dosa dapat, kebahagiaan dunia pun susah Allah nak bagi..
tapi, kalau dapat kebahagiaan dunia pun..

akhirat nanti kita boleh sure ke kita lepas dari seksaan Dia..??

duduk la dalam neraka yang menyala2 tu puas2, lepas hancur lebur badan dijilat api pastu Allah jadikan balik badan kita..

pastu, BAKAR LAGI..
then BAKAR LAGI..


BURN BURN DAN BURN...
(semangat jap)

so berbalik pada kawan aku tadi..

(cakap je banyak kat sini, tapi masalah aku tak selesai lagi) -_-"


dushaakkk sekali lagi. >_<


ok alkisahnyer, dalam kelas yang sama..

tapi hari lain lar..


-------------------------------------------------------------------------------------------


si A : ana, kau tau tak roomate aku bukan nak kejut aku pagi tadi.. tak pasal2 bangun lambat lagi..

aku : dah tu tak kan kau nak burn solat lagi kot?


si A : entah ar, aku ni kalau dah lambat tu memang susah dah nak qadha2 ni.. kira burn jela..


aku : (lagi..???)


aku terpaku sekejap, benda apa la aku nak cakap ni..
tak boleh kalau dibiarkan, bila habit macam tu jadi darah daging, susah dah nak buang.. fikir-fikir dan fikir tiba2 Allah bagi kekuatan..


aku : nasib baik ar waktu kau datang kelas tadi takde bas ke kereta ke lori balak ke langgar kau, tak pasal2 mati ternganga.. hehe (ops !)

si A : ana.... tak baik kau doakan aku macam tu.. (sambil buat muka sedih)


aku : eh aku cakap benda betulla, kita mana tau kan ajal maut kita.. tambah2 pulak kita tak solat
subuh pulak pagi tu, pastu mati pulak dah waktu eksiden.. tak ke dasat?

si A : weh.....


aku : ala ni akak aku la selalu bebel2 kat aku kalau aku miss solat waktu dulu2.
(erk! tiba2 je kakak aku kena, padahal tak tau nak cover line. hehe)


si A : yeke?...


aku : yela, habis takkan nak tipu pulak.. dapat duit ke? (sambil tersenyum2 kucing)


si A : (senyum balik tanpa berkata sepatah)


keesokannyer.. (eh yeke? rasa macam lusa tu :O)
aku bergegas masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang agak kelibut. (sikit je. hehe)
tiba2 si A menyapa.


si A : ana.. ana.. aku bangun awal hari ni..

aku : yeke? semangatnyer.. hehe


si A : aku solat subuh lepas azan kowt, memang tepat ! (sambil tersenyum gumbira)


(alhamdulilllah... aku tersenyum dalam hati.)


aku : haa best kan dapat solat awal?


si A : best2! takde sape lagi bangun waktu tu.. aku sorang je ana (tersengih-sengih)
lagi satu aku takut pasal yang kau kata hari tu.. huhu

aku : weh sorry la, aku cuma cakap benda betul.. lagipun aku pun selalu fikir macam tu jugak..
ala, peringatan untuk aku sama..

si A : (senyum)..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

see..?? kadang-kadang mereka ni tak tahu..

so kita sebagai kawan, kena la peringatkan..
kalau tak sapa lagi..??

lagipun, thats what friends are for right.. :)


aku ingat lagi satu sirah, dimana Rasulullah pernah berdoa untuk umatnya..
"Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku.. kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.."




6 comments:

Ummu Al-Fateh said...

Living example.
Cume ana terfkr kot2 si A tu ade terbaca post ni.. mcm ne reaksi dia ek..
waAllahualam.
Hidayah Milik Allah.

tomoyo_chan said...

nice ana...
May Allah Bless,,(^-^)

~gomawo :)

mu'minah said...

salam ana, baguz betul=)
bukan sme orang ada kekuatan buat macam ana. ana jenis sempoi, happy go lucky, sikap tu boleh jadi strength utk anti tegur sahabat. anyway,suka sgt baca blog ana=) keep writing dear^_^ moga Allah teguhkan langkahmu dan terus istiqamah on His path!

sisfaeez said...

Ummu Al-Fateh : no worries, dia tau, siap gelak lahi :D

tomoyo_chan : u too debab~!

mu'minah : jazakillah ya ukhti, moga ALlah beri kekuatan pd kita semua.. tegur tau jika ada salah silap pd diri ni, sy budak baru belajar :D

liyana said...

nicde post~
a lot of input~~
thanks for the input..
sumtimes de kwn yg sng trime tguran..sumtimes ade ygsusah..
tp at least we trykn

sisfaeez said...

to liyana : btul2, tp b4 kt nk tegur seseorang.. kena tgk dulu style dy cmna.. then bru suit kan teguran kt pd dy.. :)