Wednesday, October 27, 2010

~Istimewa : Sanah Helwah ya Farhana~


..:: 27 October 2010 bersamaan 19 Zulkaedah 1431 ::..

“…Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”
(Al Baqarah : 152.
)


Sanah Helwah ya Siti Farhana Lokman..
dah umur 20 rupanya, sekejap saja masa berlalu..
masa kecik2 dulu, hingusan saja..
semua benda umi yang kena tolong..
dah besar ni, banyak benda kena handle sendiri..
masa, duit, belanja, pakaian, perasaan.. huhu
yelah dah besar gedabak takkan nak harapkan mak bapak lagi kan..
tambah2 pulak adik2 ramai yang kecik lagi yang nak di-handle..
gemuk2 dan nakal pulak tu..
(haish ape aku memebel nih? ) XD

So apa yang aku nak kongsi di sini sebenarnya? :D
ok, back to the title..
kalau kita lihat, kebiasaanya..
apabila sampai masa hari jadi kita, kita akan sambut dengan semahu2 nya..
kita rasa sangat gembira dengan hadiah dan ucapan2 yang diberi..
kalau di Facebook memang tak boleh kata lah..
sampai saja tarikh ulang tahun kelahiran kita..
boleh smpai beratusan post masuk ke wall kita dalam sehari..
macam2 perasaan apabila keluarga, sahabat handai dan sebagainya memberi ucapan,
kata2 semangat, doa dan sebagainya sempena hari lahir kita..

teruja, gembira, terharu, ternanti2..
memang, aku sendiri merasainya sekarang.. :D

tapi...

bila aku renung kembali..
sebagai hamba yang pelupa dan dhaif..
kita sering terlupa..
nikmat yang Allah beri pada kita..
SETIAP SAAT ..
SETIAP HARI..
SETIAP DETIK..

walau bagaimana pun keadaan kita..
nikmat itu mengalir tanpa henti..

pernah terfikir tak..??
dari dulu sampai sekarang..
Allah masih beri kita nikmat dan peluang untuk terus hidup..
manusia perlukan ape untuk hidup..??
makanan, right ??

pernah terfikir tak..
walau macam mana susah pun keadaan kita..
makanan tu akan datang pada kita..
tidak kira lah samada makanan tu dari :
duit kita sendiri, atau mak kita yang masakkan..
atau kawan belanja, atau tiba2 dapat free dari masjid..

makanan tu akan sampai pada kita selagi ALLAH tahu kita memerlukannya !
Allah tahu fitrah hambaNya..
Dia beri, Dia hadiahkan, Dia raikan, Dia limpahkan apa yang hambaNya perlu..

tunggu hari lahir baru nak beri ke?
tunggu hari lahir baru nak rai ke?
tunggu hari lahir baru nak hadiahkan ke?

nahhhh...
setiap waktu Dia merai kita, menjaga kita..
pernahkah kita hargai?
pernahkah kita bersyukur?
pernahkah kita berterima kasih?

kita berasa sangat hargai apabila orang lain merai hari jadi kita..
kita melayan mereka2 yang menyambut hari lahir kita dengan merai mereka sebaik mungkin..
kita bersyukur, berterima kasih kepada mereka..
padahal apalah sangat pun yang kita dapat..
ucapan pendek seperti "Happy Birthday! "
atau hadiah kecik tak kecik, besar tak besar sekali dalam setahun..
boleh dapat hari2 kah ?
sekali dalam setahun saja !

tetapi, nikmat yang Allah beri pada kita tak putus2..
sangat jarang untuk kita mengingatiNya..
memujaNya, menghargaiNya, menanti2kanNya..
solat? kita lengahkan..
zikir? jarang..
infaq? duit pinjaman ar duduk IPT ni, kena saving sikit..
mathurat? aduh, panjang sangatla pulak.. kadang2 terlelap..
amalan sunat? malas, letih, nanti2 lah..
walhal, amalan2 ini lah sebagai tanda kita bersyukur, berterima kasih..
sebagai penghargaan atas segala nikmat yang tak bertepi dariNya..

berdasarkan hadits Rasulullah (SAW) :

مَنْ صَنَعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفًا فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِي بِهِ فَلْيُثْنِ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ وَمَنْ تَحَلَّى بِمَا لَمْ يُعْطَ كَانَ كَلاَبِسِ ثَوْبَيْ زُوْرٍ


“Barangsiapa yg diberikan kebaikan kepadanya,
hendaklah dia membalas..
dan jika dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalas,
hendaklah dia memujinya..

Karena jika dia memuji sungguh dia telah berterima kasih,
dan jika dia menyembunyikan sungguh dia telah kufur.

Dan barangsiapa yang berhias dengan sesuatu yang dia tidak diberi,
sama hal dengan orang yang memakai dua ­baju kedustaan.”


................................................................................................................

Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan:

“Syukur itu bisa dilakukan oleh hati dgn tunduk dan kepasrahan oleh lisan dgn mengakui ni’mat tersebut dan oleh anggota badan dgn ketaatan dan penerimaan.”

wallahua'lam, yang baik itu datang dari Allah, yang lemah itu datang dari diri aku sendiri..
jutaan kemaafan atas segala kesalahan, kekurangan, kekasaran pada kata2..
pesanan ini dalam rangka untuk mengingatkan diri yang serba hina ini..
juga perkongsian buat pembaca semua..
moga hari istimewa ini memberi seribu satu muhasabah pada diri ini ! :)
insyaAllah..



Friday, October 1, 2010

Too close, yet too far...


"Abah, ape maksud too close yet too far ek?"

"Owh, itu ek.. maksudnye walaupun orang tu secara fizikalnya jauh dari kita, tapi hati kita rasa dekat sangat dengan dia..."

"Ohh.... " aku hanya mampu mengangguk...

...........................................................................................................

Sebak seketika, perasaan yang digambarkan oleh ayahku itu, aku sedang mengalaminya sekarang..
sungguh, aku rindu.... aku tersangat rindu memori2 itu...
dan memori2 itu takkan aku dapat lagi sampai bila2, memori bersama insan yang tak akan ku temuinya lagi..

Entah mengapa, perasaan sebak ini bagaikan membuak2 di hati..
Nak balik rumah, kau takde..
Nak bercakap, tak boleh..
Even nak telefon, tetap tak boleh..
apatah lagi nak bersembang, berlawak, lansung tak boleh..
sebab kau memang tak akan boleh bercakap dengan aku lagi..
apatah lagi nak berjumpa..


aku ingat lagi..
waktu itu kita sefamily on the way ke KL untuk renew passport..
lansung tak terduga bahawa itu adalah saat terakhir aku spend masa dengan kau..

sampai di hotel, kau selalu ceritakan mimpi tentang kau terbenam dalam karpet biru..
kau cakap kau sedih, sebab tak de sapa yang tolong..
aku malas nak dengar cerita mimpi kau..
tapi sebenarnya hati kecilku mula risau..

kau bising sebab tak dapat mandi kolam petang tu..
akak, aku and the rest pun berkomplot dengan kau untuk paksa abah izinkan..
selepasa berejam sesi memujuk, around pukul 10pm baru boleh turun kolam..
sejuk, seronok sebab kita2 je yang conquer tempat tu..

tapi..
ada satu ketika yang membuatkan aku rasa benci dengan diri sendiri..
waktu semua orang sedang seronok bermandi manda..
kau menghala ke arahku dengan nafas yang teresak2..
kau cakap..
"hana, nak pelampung boleh tak? rasa macam nak lemas lah.."

aku bagaikan seorang yang pekak..
lansung tak mengendahkan keadaan kau yang mula tercungap2..
aku pergi meninggalkan kau dengan selamba....
sambil mengepit pelampung ketat2..
bodohnya aku...

........................................................

setengah jam kemudian..
tiba2 sahaja adikku farhan menjerit..
"abah! mana farhain?!!"
aku mula kelam kabut..
rasa bersalah yang teramat mula menyulubungi diri..

aku terpaku...

"tu farhain ! tengah kolam tu !! "

aku menoleh ke belakang, dari permukaan atas..
jelas tergambar sekujur badan yang sudah kaku..
terbaring di dasar air..
tidak bergerak..
lansung..

abah pantas menyelam dengan secepat yang boleh untuk menyelamatkan kau..
abah cuba buat bantuan pernafasan, tapi kau tak beri respon apa2..
mata kau tertutup rapat..
sekali sekala kau muntahkan air..
berulang kali bantuan pernafasan di buat..
tapi kau tetap kaku..

security2 hotel mula bertambah..
mereka mula panik melihat keadaan kau..
tak lama kemudian ambulans sampai..
kau di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut..

dalam hati, aku sangat2 berharap agar kau di beri peluang untuk membuka mata lagi..

aku dan sekeluarga bergegas pulang ke hotel dan mengemas bagasi untuk melihat keadaan kau di hospital..

sudah 3 jam kami menunggu..
doktor hanya memesan,
"sabar, kami cuba lakukan yang terbaik, insyaAllah.."

tapi tiada lansung tanda2 positive dari doktor tentang kau..

setelah hampir 4 pagi menunggu..
akhirnya..

"Allah lebih sayangkan anak kamu.."

abah menutup muka..
sambil menangis semahu mahunya..
umi duduk memeluk kami semua..
aku dapat rasa perasaan yang dialami oleh abah dan umi..

aku minta maaf..
aku tau, aku penyebab semua ni..
aku tahu, aku bersalah atas semua ni..
aku lari jauh2..
air mata tak dapat di bendung lagi..
dan akhirnya terburai juga..

"Farhain....
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik..
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik..
hana minta maaf sebab tak jadi kakak yang baik.."

aku ulang banyak kali..
rasa bersalah yang teramat sangat..
sehinggakan hari ini, walaupun memori pahit itu sudah berlalu 10 tahun yang lalu..

...............................................................

tapi aku tahu, walau bagaimana pahit pun yang aku rasa..
itu sudah menjadi qada' dan qadar Allah..
Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu..

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Munafiqun : 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
(Al-Anbiya' : 35)


sekali lagi aku mohon jutaan kemaafan..
atas segala perlakuan bodohku padamu..
atas segala ketelanjuran kata2 ku..
atas segala ketidakperihatinanku padamu..
maaf maaf dan maaf..

aku pohon..
moga2 rohmu dicucuri rahmatNya, dan berbahagia bersama salafussolihin.. ameennn..

salam rindu dunia akhirat,
hana & family