Saturday, November 21, 2009

Malu kerana Allah...




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Malu itu sebahagian dari iman"

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya. " "Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu dengan Allah?"

Sabda Nabi s.a.w : "Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah orang yang sudah boleh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan rosak. Dan barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan akhirat hendaklah meninggalkan kesenangan dunia dan memilih kebahagiaan akhirat daripada dunia, barangsiapa yang sudah dapat mengerjakan semua yang telah tersebut di atas barulah orang tersebut di namakan orang yang malu kepada Allah, orang yang malu kepada Allah adalah orang yang malu bila melakukan maksiat sehingga tidak jadi mengerjakan maksiat dan itulah yang di namakan malu yang sesungguhnya."

Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik adalah mereka yang rasa malu bila mengerjakan maksiat.

Sentiasa berbuat baik, benar perkataannya, tidak berkata dengan perkataan yang keji (lucah), sedikit bicaranya kecuali ada menfaatnya, banyak amal soleh, sedikit kesalahannya, tidak berlebih-lebihan dalam semua perkara, suka menyambung persaudaraan, bersopan santun, banyak bersabar, sentiasa bersyukur kepada Allah, kasih sayang terhadap orang lain, menjaga diri dari yang tercela, tidak mudah marah, tidak mengadu domba (menghasut) orang lain, tidak mengumpat, tidak dengki dan iri hati, tidak bakhil, kalau dia mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan membenci sesuatu juga kerana Allah dan kalau dia marah juga marah kerana Allah.

Ramai wanita Islam hari ini mendedahkan aurat tanpa rasa segan silu. Menampakkan perhiasan diri tanpa ada perasaan malu kepada Allah s.w.t. Bersolek berlebih-lebihan, berwangi-wangian, pakaian yang menjolok mata hingga menampakkan bentuk tubuh badannya dan seksi, kadangkala merubah bentuk asal wajahnya dengan di lakukan pembedahan pelastik, menggunakan botox dan lain-lain, semua ini tidak menampakkan ciri-ciri wanita solehah.

Di sudut yang lain pula, kita lihat gejala sosial telah melanda dengan hebatnya para remaja lelaki dan perempuan berdua-duaan dan berpasang-pasangan tanpa segan dan malu memenuhi taman-taman bunga, pusat membelli belah, tepi-tepi pantai dan pusat-pusat hiburan. Dalam keadaan seperti ini siapakah yang perlu di salahkan?

Untuk mengubati penyakit-penyakit ini setiap kita (ibu bapa, guru-guru,alim ulama', para da'i, pertubuhan dan persatuan Islam, jemaah Islam dan jabatan Agama Islam) berperanan dan bersatu tenaga untuk merawat dan jalankan proses pemulihannya. Kita tidak boleh menggunakan cara dan kaedah lain, melainkan kembali kepada kaedah rawatan yang di jalankan oleh Rasulullah s.a.w iaitu membaiki aqidah dan keimanan manusia terlebih dahulu sebelum membaiki kelemahan-kelemahan yang lain.

Apabila proses tarbiyyah dan dakwah berjalan dan berfungsi sepenuhnya di dalam masyarakat, akan lahirlah individu-individu muslim mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t dan perasaan malu kepada Allah s.w.t berfungsi dalam kehidupan kita..

wallahua'alam..

Wednesday, November 11, 2009

mencari kekuatan itu...


"boleh saya tanya?.. bagaimana hendak mengajak orang lain buat kebaikan..??"
soalan ini diajukan oleh salah seorang peserta kem saya, mantap..

walaupun dia hanyalah seorang pelajar biasa dan dari sekolah biasa..


sebenarnya, untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan bukanlah satu benda yang mudah..

ustaz saya pernah pesan..

"seorang dai'e itu seperti mengetuk pintu hati seseorang..
kadang2 dia ketuk perlahan pintu tu dan mungkin juga sampai akhir hayatnya..

kadang2 kuat, dan kadang2 kejap ketuk kejap rehat tepi pintu tu.. then ketuk pintu itu kembali..
orang yang berada dalam pintu itu pula (mad'u), boleh juga dia malas buka..
atau pun dia saja biarkan pintu tu diketuk.. 'nanti la aku bukak'..

atau disebabkan pintu itu selalu diketuk,
teringin pula dia hendak buka pintu tu dan bertanya... 'siapa tu....??'..."


Dari sini lah kita ambil kesempatan untuk mulakan tugas dakwah kita..

tunjukkan qudwah hasanah yang baik, tegur secara berhikmah, raikan dia dengan sebaik mungkin supaya pintu itu takkan tertutup kembali...

ada orang tak puas hati dan mengadu pada saya..

"cakap bagus je dia tu, nasihat orang jangan couple.. tapi dia 2 x 5 je.."
situasi ni memang sering berlaku..

salah satu sebab ini terjadi kerana ilmu yang kita dapat hanyalah untuk menegur orang tanpa mengaplikasikan ilmu itu pada diri sendiri..

niat untuk menegur orang dah baik, tapi yang paling penting..

proses diri dahulu, sambil proses diri, tegur orang lain juga..


Rasulullah sendiri pesan pada umatnya..

"sampaikanlah ajaranku walau satu ayat.."

dalam melalui proses..

perlu ada kekuatan rohani, sentiasa ada pergantungan dengan Allah..

saya akui, bukan senang sebenarnya untuk buang benda2 buruk yang sudah sebati dalam diri kita..


pernah juga sewaktu zaman sekolah saya dahulu kawan selalu tegur saya waktu saya nakal dahulu..

alasan yang saya selalu beri..

"aku takde kekuatan arr nak berubah sekarang, ko ingat senang ke? nanti la aku dah ade kekuatan baru aku buang semua nih.."

memang bukan senang untuk buang semua itu..

tapi hanya tunggu kekuatan tanpa usaha untuk buang..

akan jadikan kita semakin kuatkah?
semakin hari dosa itu akan sebati dengan darah daging kita..

lama2 makin susah untuk membuangnya..

coupling, mostly kita akan bagi alasan 'tunggu ada kekuatan...'

tiap2 hari message si dia, bergayut di telefon, melayan rindu...
makin hari jadi makin sayang..

hati kita makin kuatkah untuk buang semua tu..??

'kekuatan usah ditunggu, tapi harus dibina dengan sendiri...'

walaupun susah untuk buang, tapi cuba pujuk diri..

berkorban di dunia yang sementara untuk mendapat redha Allah yang hakiki..
jangan malu jika berbuat salah, kerana kesalahan itu mengajar kita sentiasa berhati2 supaya kita tak ulangi kesalahan yang sama..
jangan malu bertanyakan pendapat tentang hukum islam, kerana ia akan sentiasa mengingatkan kita dengan siksaan Allah..
jangan malu untuk mengamalkan sunnah2 islam, kerana itulah yang terbaik di sisiNya..


ada masa saya akan sambung lagi..

yang baik itu datang dari Allah, yang lemah itu datang dari saya sendiri..
wallahua'lam..