Saturday, July 18, 2009

Pentingnya Dia dalam hidup kita..

Assalamualaikum..

saya cuma nak kongsi sikit je,dari buku Rakaizud Dakwah,karangan Dr Majdi Al-Hilali yang mengutarakan kata2 Ibn Qayyim bahawa,

"Seorang hamba berada di antara Allah dan musuh-musuhnya iaitu syaitan2 manusia dan jin.Kalau Allah menjaga dan melindunginya dari mereka maka mereka tidak akan mendapatkan jalan menuju kepadanya,dan apabila Allah berpaling darinya dan melimpahkan urusannya kepada dirinya sendiri meskipun hanya sekejap maka mereka akan dapat mengalahkannya. "

Dari sini dapat kita lihat kalau Allah tinggalkan kita walau 1 saat,kita akan mudah dikalahkan oleh musuh besar kita iaitu syaitan laknatullah.
Juga seperti dalam sepotong doa dari Al-mathurat yg berbunyi,

"Walatakki lna ila anfusina tharfata 'ainin wala aqallamin zalika ni'mal mujib"

yg membawa maksud,
"Jangan( Ya Allah)Engkau biarkan kami walau dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu".

Jadi,sama2lah kita muhasabah kembali,"aina Allah fi hayati..??",di mana kita sering letakkan Allah dalam apa jua amalan kita..

insyaallah, asm.

No comments: