Thursday, July 23, 2009

love and reasons..??


GUY : I can't tell the reason.. but I really like you.

LADY :
You can't even tell me the reason...
how can
you say you like me?
How can you say you love me?

GUY :
I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

LADY:
Proof? No! I want you to tell me the reason.
My friend's boyfriend can tell her why he
loves her but not you!

GUY :
Ok..ok!!! Erm... because you are beautiful…
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,

because you are thoughtful,

because of your smile
because of your every movements…

The lady felt very satisfied with the guy's
answers.

Unfortunately, a few days later, the Lady met with
an accident and became comma. The Guy then
placed a letter by her side, and here is the
content:

“Darling, Because of your sweet voice that I love you...

Now can you talk?

No!
Therefore I cannot love you.


Because of your care and concern that I like you..

Now that you cannot show them,
therefore I cannot
love you.

Because of your smile,

because of your every movements that I love you..


Now can you smile?
Now can you move?


No, therefore I cannot love you...


If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? NO! Therefore, I still love you... And love doesn't need a reason…”

" Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart " Love doesn’t need a reason... its something u can feel burning inside your heart and waiting to be explode of love... Please... never ever ask someone why do they love u.... love is nature and without love the world is nothing but a piece of trash... So everyone love the world and also love your loved ones...


P/S : Kawan hantar cerita ni sekadar untuk renungan bersama… Bagi kita yang muslim pula, janganlah persoalkan cinta kita terhadap Allah SWT & RasulNYA kerana sesungguhnya ianya sebuah CINTA yang HAKIKI...
Wallahu'alam..=)

Saturday, July 18, 2009

Pentingnya Dia dalam hidup kita..

Assalamualaikum..

saya cuma nak kongsi sikit je,dari buku Rakaizud Dakwah,karangan Dr Majdi Al-Hilali yang mengutarakan kata2 Ibn Qayyim bahawa,

"Seorang hamba berada di antara Allah dan musuh-musuhnya iaitu syaitan2 manusia dan jin.Kalau Allah menjaga dan melindunginya dari mereka maka mereka tidak akan mendapatkan jalan menuju kepadanya,dan apabila Allah berpaling darinya dan melimpahkan urusannya kepada dirinya sendiri meskipun hanya sekejap maka mereka akan dapat mengalahkannya. "

Dari sini dapat kita lihat kalau Allah tinggalkan kita walau 1 saat,kita akan mudah dikalahkan oleh musuh besar kita iaitu syaitan laknatullah.
Juga seperti dalam sepotong doa dari Al-mathurat yg berbunyi,

"Walatakki lna ila anfusina tharfata 'ainin wala aqallamin zalika ni'mal mujib"

yg membawa maksud,
"Jangan( Ya Allah)Engkau biarkan kami walau dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu".

Jadi,sama2lah kita muhasabah kembali,"aina Allah fi hayati..??",di mana kita sering letakkan Allah dalam apa jua amalan kita..

insyaallah, asm.

Sunday, July 12, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi ..

Asm..



P/s: Terlanjur mendongak ke bulan, ternampak satu cahaya terang. Amat sesuai utk menyuluh qalbu. .

"Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru".



Mudah2-an bermanfaat, iAllah..



Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi ..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."



Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing.

Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya. Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak.
Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis. Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari. Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya. Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.

itu. Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap. Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu. Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut:

"Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: "Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat. Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi.

Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi. Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi. Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan...

yang baik itu dtg dr Allah,yg kurang itu dtg dr saya sendiri..

Wallahua'lam..

Saturday, July 11, 2009

I’m the one who’s free...

Sedang khusyuk melayan nasyid di laptop..
Tiba2 dering msg berbunyi..
tut.. tut.. tut..
agak curious sbb sapela kan hantar msg tgh2 mlm buta nih..
tgn pn mula ar gatal nk bukak msg..
Assignment xsiap lg,huhu~
tapi,bila baca btul2 msg tu,sayu jer..
terharu..

-----------------------------------------------------------


"Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh ALLAh..
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkaan mana2 lelaki menyentuh dirinya wlaupun hatinya..
Kerana ALLAH teramat mencintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki..
Di mana ALLAH utk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seseorg yg lbh byk mengecewakan kita..

"jika ALLAH dtgkn kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorg lelaki,bermakna ALLAH mahu ambil kita kmbali utk dijagaNya..
Mengapa masih ragu2??.."

"kekuatan usah di tunggu tetapi harus di cari.."

Hargailah di atas kesempatan yg Allah berikan..

"Sebesar-besar dosa adlh dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"

~IMAM GHAZALI~

-----------------------------------------------------------

huhu,alhamdulillah ade org yg mengingatkan..
penyayangnyer Allah pde hambaNya..
So pada semua muslimah di sana especialy diri yg serba hina nih..
peliharalah kehormatan diri kita..
insyaALLAH..

wokeyh,nk share sket petikan lagu dari sami yusuf - free..
khas utk insan yg b'nama wanita..
^_^

What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me
My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...
My modestyMy integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...
“Why can’t you just accept me?”
she says“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can’t you just let me be free?
For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they’d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:
But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on meI wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integritySo let me be
She says with a smile
I’m the one who’s free...