Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku? Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.
Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...
aku bukan maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari... titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...
kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.
Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan.. buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.
Wednesday, February 13, 2008
Monday, February 11, 2008
Satu renungan dari suatu penjuru...
Barangkali aku dan anda pernah mengalami peristiwa kawan-kawan yang disayangi, yang pada mulanya berpegang teguh pada ajaran islam.. tetapi tidak lama kemudian bertukar sikap menderhakai Allah. Kalau dahulu, dia selalu menjaga makan minum dari sumber yang halal, auratnya dijaga rapi dan selalu merendah diri mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Tiba-tiba angin perubahan bertiup membawanya bersikap kasar, tidak lagi menjaga makan dan minum dari sumber yang halal, aurat pun didedahkan dan berjalan di atas mukabumi dengan penuh angkuh.
begitu juga, barangkali aku dan anda pernah menemui mereka-mereka yang bersemangat memperjuangkan islam tetapi tiba-tiba beralih corak menjadi seorang yang mengikut hawa nafsunya semata-mata. mengapakah ini terjadi? mereka tahu, Allah lebih-lebih lagi tahu...
Sebenarnya peristiwa ini boleh terjadi jika kita kurang ilmu pengetahuan agama. Hukum memnutup aurat tidak kita pelajari bersungguh-sungguh, hanya sekadar mengikut-ikut perbuatan orang lain. Ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan kebesaran Allah, balasan syurga dan neraka serta hal-hal yang bersangkutan dengan sifat-sifat diri terpuji seperti pemaaf, pemalu, rendah diri dan takut kepada Allah.
Oleh itu, ketika kita masih terpimpin ke jalan yang benar, hendaklah kita mencari ilmu agama. Perlu diingatkan, ketika dan anda menuntut ilmu, janganlah terlintas di hati, belajar ilmu agama untuk mengajar orang lain. Belajarlah untuk memperbaiki diri sendiri. Belajarlah sehingga aku dan anda dapat melahirkannya dalam amal perbuatan. sesungguhnya apabila aku dan anda banyak bercakap kepada orang lain mengenai ilmu itu, banyak tenaga dan fikiran ditumpukan untuk perbuatan itu sehingga aku dan anda menjadi penat. Syaitan pun mengambil kesempatan menjadikan aku dan anda lupa untuk beramal dengan apa yang telah disampaikan.
Ilmu yang tidak dapat diseimbangkan dengan amal perbuatan akan menyeret tuannya ke lembah munafiq. Sahabat Rasulullah s.a.w pernah menemui Rasulullah untuk meminta beliau berdoa kepada Allah agar wahyu tidak diturunkan berturut-turut kerana mereka takut tidak dapat mengamalkan ilmu yang ada. Jadi, berhati-hatilah dengan perkara ILMU.
Selain mendalami ilmu pengetahuan dan beramal dengannya, perbanyakkan korban pada agama Allah. Misalnya bersedeqah. Sedeqah yang kerap dapat melahirkan cinta kepada Allah. Jika kita dapat menanamkan rasa kasih kita kepada Allah melebihi kasih kita pada yang lain, maka, kita telah dapat berpegang pada tali Allah. Dengan itu, iman kita tidak mudah digugat.
Begitu juga jika aku dan anda perhatikan mereka-mereka yang berubah dari mencintai islam kepada yang sebaliknya, mereka sangat kurang bergaul dengan kawan-kawan yang mencintai islam dan beramal dengan ilmunya.
Bagi mereka yang pada mulanya berkobar-kobar memperjuangkan islam tetapi akhirnya berubah sikap menurut hawa nafsu dan mengejar harta dan pangkat didunia. Mereka mempunyai penyakit -penyakit di dalam hati. Penyakit suka menyampaikan kepada orang lain tetapi tidak beramal dan juga penyakit suka mendengar tetapi tidak beramal.
Kurangnya cerita-cerita sahabat didalam suatu majlis ilmu akan mengurangkan kecintaan pada sahabat yang dengan itu mengurangkan rasa kasih kepada Rasulullah lalu akhirnya kurang mencintai Allah. Sebaik-baiknya di majlis-majlis ilmu agama, perbanyakkan menyebut kisah-kisah sahabat dan kurangkan perkara-perkara yang lebih mirip kepada teori-teori dari ulama'.
Demikianlah beberapa renungan yang boleh kita ambil iktibar darinya, agar aku dan anda tidak tergelincir dari landasan islam yang lurus. Moga-moga aku dan anda tetap pendirian. Sekali perintah Allah dijunjung maka aku dan anda tetap berbuat demikian hingga tiba hari yang diyakini iaitu MATI...
Dan.. di kesyahduan malam yang sunyi ini, bila unggas-unggas mulai berzikir memuji kebesaranNya, sedang manik-manik jernih deras mangalir menuruni pipi, jangan lupa untuk memanjatkan doa...
"Ya tuhan kami, jangan engkau cabut dari hati-hati kami, hidayah petunjuk yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Penganugerah..."
kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t....
InsyaAllah, bertemu lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)