Tuesday, March 13, 2012

The black dot



Ada seorang senior yang belajar di Jordan.
Beliau berkongsi tentang kata-kata dari seorang syeikh di universiti beliau.
Syeikh tersebut mengupas 1 hadith yang berkisar tentang dosa.

Dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud,

Rasulullah SAW bersabda,“Orang mukmin melihat dosanya seperti gunung, dia takut kalau-kalau gunung tersebut bakal menimpanya. Orang munafik itu melihat dosanya cuma seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, lalu dia menepisnya begini dan begitu”

Bila dosa itu kita pandang sebagai sesuatu yang besar, berat, busuk, jijik, buruk, dan seangkatan dengannya.
maka, secara automatiknya kita akan cepat-cepat lari meninggalkannya, mengelak darinya sebaik yang mungkin.

iyalah, bayangkan kalau najis di hadapan kita.
Takkan kita nak duduk lama-lama di situ sambil ambil bau 'harum' aroma najis tu?
mesti kita nak lari cepat-cepat tinggalkan tempat tu.
sebelum tu cek kasut takut-takut terpijak najis tu.
atau cek baju kot-kot najis tu datang dari kita.

risau juga.

ya, risau, jijik, malu, takut, serba salah, ragu-ragu.
jika kita pandang dosa sebesar rupa.

jadi di sini, syeikh yang mengupas tentang hadith tadi menerangkan bahawa seakan-akan buruknya dosa itu hingga tiada perkara yang kecil.

Seorang pelajar bertanya:
"Wahai doktor, jadi di manakah dosa-dosa kecil?"

Syeikh itu menjawab:
"Dosa apakah yang boleh dianggap kecil?"


.......


tersentap.


Panahan busur tepat mengenai dada.

Terasa bahawa selama ini selalu meremehkan dosa-dosa yang dianggap kecil.
Sebab itulah jiwa tiada perasaan terhadap dosa.
Sebab itulah juga hati tidak bergetar pabila melakukan dosa.
dan juga paling teruk sekali, diri sering melakukan dosa yang sama...

maka, apa gunanya ilmu yang ada?
pergi ke program-program penyucian jiwa tetapi di mana peningkatannya?

pesan Ibnu Qayyim,
"Jihad itu ada tahapannya. tahap yang pertama adalah jihad mempelajari kebenaran, seterusnya jihad beramal dengan kebenaran. kemudian, bersabar terhadap bebanan amal tersebut."


Koreksi diri.

ternyata selama ini diri masih lagi terkapai-kapai di tahap yang pertama.
mana mungkin berjaya untuk ke tahap yang seterusnya kalau tahap pertama pun masih kabur ?

Tetapi..
tetap jangan putus asa!
pujuk diri dengan motivasi Allah SWT.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Al-A'raf: 200)

Jelas terasa Allah sedang memotivasi hati kita supaya sentiasalah memohon kekuatan dan ketetapan hati yang berterusan dariNya..
terasa Dia berbisik pada kita.
Janganlah bersedih, kalau di uji dengan bisikan syaitan, Aku kan ada? pintalah padaKu..



"pengislahan diri tidak akan berjaya sekiranya kita tidak menyerahkan hati secara kulli (total) untuk diproses. Jika kita masih menyimpan rawasib-rawasib jahiliyyah dalam hati kecil, maka proses islah dan Tarbiyyah Imaniyah tidak akan berjaya"
[Al marhum Ustaz Dahlan Md Zain]


tadi busur panah, kini terasa tembakan bertalu-talu Rifle M-16 tepat mengenai dahi.
Ku terus tersungkur ke tanah.
ya Allah, peritnya mujahadah !!!

Jangan putus asa ya, jangan sesekali walau sesaat cuma !

Infiru ! [9:41]

.............

Wahai sahabatku yang sentiasa di hati,
aku tidak ingin lebih.
Cukuplah engkau sentiasa kejutkan aku tika ku terlena.
Cukuplah engkau gapai tanganku semula tika ku makin menjauh dariNya.
Bantulah aku supaya hidupku sentiasa di dalam pandangan dan redhaNya.

Kalau aku masih berdegil ?


tumbuk saja.