Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”
...
Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”
Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”
Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”
Buat semua yg saya sayang kerana Allah....moga syurga Allah milik kita bersama,
kita sama2 masuk syurga ye,...taknak masuk sorang2,tak best...insyaallah..
SAYANG SEMUA FILLAH :)