"Kenapa dia boleh berjaya? padahal dia tu ber'couple', suka lawan cakap lecturer..
dalam kelas pulak tak habis2 meniru, tapi dapat dean list setiap sem..
aku ni ber'couple' tak, program dan kuliyah agama selalu pergi.. tak perah miss!
aku tak tidur malam tau tak study punya pasal.. siap tahajud lagi..
tapi kenapa dia lebih berjaya dari aku..?? tak adil2!!"
bentak salah seorang rakanku, riak mukanya yang berkerut jelas terpancar
menandakan dia sangat kecewa dengan keputusan peperiksaannya yang tak berapa memberansangkan..
agak terkilan pabila mendengar keluhannya..
patutkah kita menggunakan alasan kita datang ke kuliyah agama,
bangun tahajud setiap malam, active dalam program2 Islam..
jaga diri dari lakukan perkara yang dibenciNYa semata2 untuk mendapat kesenangan dunia??
Kita perlu ingat..
kadang2 Allah tangguhkan kejayaan kita kerana Allah nak uji kesabaran kita..
Juga Allah nak proses hati kita supaya mengenali erti keikhlasan..
adakah kita ikuti kuliyah2 agama sebab kita nak Allah beri balasan kejayaan yang cemerlang dalam urusan dunia kita..?
sepatutnya sebagai hamba kita perlu patuh kepada Allah tanpa
fikirkan ganjaran/imbuhan dunia..
kita lakukan apa yang diperintahNya sebab kita bersyukur dengan nikmat dan
rahmat Allah yang terlalu banyak buat kita..
tak ternilai dan tak bertepi kasih dan rahmat Allah kepada kita..
sekiranya allah anugerahkan kejayaan kepada kita..
gunakan kejayaan kita untuk kepentingan Deen..
sekiranya Allah Ar Rahiim menguji kita dengan kesusahan dan kegagalan, bersabarlah..
mungkin Allah nak mengingatkan kita tentang dosa-dosa yang kita telah lakukan..
sebagai manusia.. kita tak terlepas dari melakukan kesalahan..
tapi, bagaimana pula dengan golongan yang sentiasa mendapat kesenangan dunia tetapi
mereka tetap terus menerus melanggar syariatNYa??
aku tak berani untuk buat kesimpulan tentang ini..
aku sangat2 tak layak kerana aku juga bukanlah yang terbaik..
cuma apa yang aku yakin..
Allah lebih mengetahui setiap aturan hidup yang dirancang rapi olehNya..
aku teringat luahan hati arwah makcikku yang menceritakan kepada ibuku..
bagaimana dia rasa amat beruntung Allah menguji dia dengan penyakit..
katanya, apabila dia terlantar dihospital, lumpuh..
dia sangat meghargai segala pancaindera lain yang Allah kurniakan kepada dia..
dia juga berkata amat bersyukur, apabila dia terlantar kesakitan dan tak dapat bekerja..
masa tersebut dia dapat gunakan untuk bermunajat dengan Allah..
Tak pernah terkeluar dari mulut dia kesakitan dan ketidak adilan Allah menguji dia dengan
penyakit tersebut..
Allah menjemput makcikku ke alam abadi selepas beliau solat zuhur..
beliau juga sempat berzikir dan berdoa..
Selepas berdoa, beliau berangkat ke alam barzakh..
Cuba kita tanya diri kita..
kebahagiaan mana yang kita kejar..
kejayaan dunia yang fana ini atau kejayaan di akhirat yang abadi..

Sebagai manusia kita amat berhajat kepada pertolongan Allah..
sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah tanpa jemu..
Sekiranya doa kita belum dimakbulkan oleh Allah, janganlah berputus asa dari rahmat Allah..
Kita tidak tahu bilakah Allah akan mengistijabah doa kita..
Yang penting.. kita kena terus berdoa dan berharap padaNya tanpa henti..
Jangan pernah berputus asa..
" Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang kafir."
[ Yusuf : 87 ]
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al-Khudri menyebutkan,
"Seorang muslim yang berdoa dalam keadaan tanpa dosa dan tidak memutuskan silaturrahim, Allah akan memberinya salah satu dari tiga perkara:
disegerakan pengabulan doanya, menyimpan permohonannya untuk kehidupan akhirat atau dijauhkan dari musibah yang akan menimpanya. "
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau doa kita banyak?"
Rasulullah menjawab, " Yang ada disisi Allah masih jauh lebih banyak dari yang kalian minta."
lagi Sebuah hadis Qudsi menyebutkan,
"..wahai hamba Ku, andaikata mulai orang pertama sampai akhir,
bangsa jin dan manusia, berdiri di satu bukit dan berdoa kepada Ku,
lalu Ku penuhi permintaan setiap dari mereka, semua itu tidaklah mengurangi apa-apa yang ada di sisi Ku, melainkan seperti berkurangnya air laut yang dimasuki jarum.."
Maha Suci Allah yang menerajui seluruh kerajaan langit dan bumi..
Sesungguhnya kami makhluk Mu yang kerdil amat berhajat kepada
pengampunan dan pertolongan Mu..
Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin..