Monday, December 26, 2011

Hanya sedikit dari mereka yang...

 
Tarbiyyah di tangan kamu, di tangan kamu jua..


"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan."

~ Imam Hassan Al-Banna



Friday, December 23, 2011

Saat berbicara tentang cinta..


Menanti setiap panggilanNya.. tak sabar untuk berbicara denganNya tentang CINTA.


Hakikatnya, setiap ibadah yang diperintahkan ke atas Muslim, ada keistimewaannya tersendiri.. 
Yang paling mudah untuk dijadikan contoh, solat..
Aku lebih suka hubungkan SOLAT dengan CINTA..
HANYA...
Apabila kita benar-benar merasai bahawa solat itu menjadi jambatan hati, penghubung antara kita dengan Sang Pencipta, yakni Allah SWT..
Apabila hati terasa lelah dengan kesibukan dunia.
Kita pasrahkan segala kelelahan, kerunsingan dengan bertemu denganNya..

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.." [Al Baqarah : 153]

Cuba kita bermuhasabah sejenak sebelum menunaikan solat..
Banyakkan beristighfar dan ingatkan diri berkali-kali..
"Wahai diri, aku nak berjumpa dengan Allah ni.."

Mohon pada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya kita dapat mengecapi nikmat pertemuan denganNya..
"Ya Allah yang Maha mengetahu segala isi hatiku..
kurniakan lah aku khusyu' di dalam solat..
jadikanlah setiap ibadahku menambahkan lagi cintaMu padaku..
juga menghangatkan lagi cintaku padaMu..
jauhilah aku dari bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan..
yang menyebabkan aku terlalai dari mengingatiMu dalam setiap ibadahku..
dalam setiap kelakuanku.."

Apabila kita mulai berdiri untuk menunaikan solat dengan rasa khusyu' dan rendah diri kepada Allah, jasad dan aqal kita terasa aman dan bebas dari kesibukan dunia.
Jiwa bertambah tenang apabila melafazkan sambil mengamati setiap bait-bait suciNya..

Setiap kali ruku' dan sujud, kita berada di dalam situasi mengagungkan serta memuliakan Allah..
terasa diri sangat hina di hadapan Yang Maha Berkuasa..
hanya Allah lah yang berhak untuk kita tunduk dan patuh atas segala perintahNya..
dalam keadaan ini..
jiwaku terasa hina, sedih dan pilu..
aku sedar diri selalu terlalai, terlupa dari melakukan setiap suruhanNya..
apatah lagi mengingatiNya..??
perlahan2 aku berbisik padaNya..
"Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha mengasihani..
hambaMu ini selalu melampau batas diri sendiri..
aku memohon padaMu ya Allah..
Ampunilah aku..
Maafkanlah aku..
Kasihanilah aku..
ya Allah.."

Apabila duduk antara dua sujud, iaitu duduk tasyahhud..
kita bersimpuh dengan penuh pasrah..
Kemudiannya kita memohon supaya Allah perkenankan segala permintaan kita..
mengampunkan kita,
merahmati kita,
menguatkan kita,
mengangkat kita di sisiNya,
melimpahkan rezeki kepada kita,
memberi petunjuk dan hidayah pada kita,
memberi kita kesihatan jasmani, ruhi dan 'aqli,
jua memaafkan kita..

Di saat sujud, merebahkan dahi ke tanah..
kita berada dalam keadaan yang sangat hampir dengan Allah..
Sabda Rasulullah s.a.w: “Seorang hamba itu akan lebih hampir kepada Tuhannya di kala dia sujud."

aku suka ambil kesempatan ini dengan berdo'a.
"Ya Allah, peluklah aku dengan Cinta dan redhaMu.."
Akan merasai bahawa Allah sedang memujuk kita, memeluk kita, menenangkan hati kita..
jiwa akan terasa sungguh terharu dengan kasih sayang dan Cinta Allah yang tidak bertepi pada hambaNya..
dalam keadaan ini, hati akan merasai suasana penuh kemesraan..

Dengan terus menerus mendirikan solat..
Kita akan merasai baru sahaja berjumpa dan berbicara denganNya..
Dan kita mengharap supaya diberi peluang untuk berjumpa denganNya lagi di waktu solat berikutnya..

Ini lah yang aku namakan, berbicara tentang cinta..
berbicara tentang Cinta dengan Sang Pencinta !


Saturday, December 17, 2011

Tetamu istimewa..



 Sebelum Ibnu Jauzi wafat, beliau pernah berwasiat agar di atas pusaranya dituliskan..

"Wahai Sang Pemaaf atas pendosa..
Telah datang kepadaMu orang yang berdoa..
Untuk memohon ampunan..
Atas dosa yang berlumuran di tangan..
Aku datang sebagai seorang tamu..
Di mana kewajipan terhadap tamu harus diperlakukan istimewa.."


..........................................................................................................................................


Bagaimana ya keadaan kita menghadapi saqaratul maut nanti?
Adakah kita juga tergolong dalam golongan tetamu yang disambut penuh istimewa oleh Sang Pencipta..?

ALLAH.. aku memang hambaMu yang lemah. 
Banyak kelamahan, kecacatan jua kesilapan. 
Amal solehku bukan untuk aku tunjukkan..
tetapi hanya untukMu ya ALLAH.. 
untuk menyelamatkanku dari apiMu.. 

Kasihanilah aku…
kasihanilah aku….
Aku merayu….
RABB…

Aku duduk sendiri,
Sepi mengoreksi dan memuhasabah diri..






Friday, November 25, 2011

Kecintaan pada Allah itu terwujud pada..

Menitis air mataku setiap kali menatap post yang dikongsi dari seorang senior yang dihormati Amnani Akhili
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka..."
(Al-Anfaal : 2)

..................................................................................................................................


Abu Bakar Al-Kattani berkata; Suatu ketika , para syeikh di Mekah berbicara tentang masalah Mahabbatullah (cinta pada Allah). Semua ulama mengambil bahagian dalam perbicaraan tentang itu. Di kalangan semua yang hadir, Al-Junaid adalah yang termuda di antara mereka. Mereka pun berkata;
هات ماعندك ياعراقي
''Utarakanlah pendapatmu wahai pemuda Iraq''.
Al-Junaid menundukkan kepalanya dan air mata mengalir daripada kedua matanya. Lantas ia berkata;

[Kecintaan pada Allah itu terwujud pada..]

عبد ذاهب عن نفسه
Seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsunya

متصل بذكر ربه
Sentiasa terikat dan berhubung hatinya dengan mengingati Tuhannya

ثم قائم بأداء حقوقه
Kemudian ia menunaikan hak-hak Tuhannya

ناظر إليه بقلبه
Ia memandang Allah dengan hatinya

أحرقت قلبه أنوار هيبته
Terbakar hatinya dengan cahaya kehebatanNYA

وصفا شربه من كاس وده
Dan suci bersih minumnya daripada gelas cintaNYA

فان تكلم فبالله
Apabila berbicara ia berbicara dengan Allah

وان نطق فعن الله
Apabila berdiskusi ia berdiskusi tentang Allah

وان تحرك فبأمر الله
Apabila ia bergerak, ia bergerak kerana perintah Allah

وان سكت فمع الله
Tatkala ia diam, maka ia diam bersama Allah

فهو بالله ولله ومع الله
Maka, dia sentiasa dengan Allah, (melakukan segalanya) untuk Allah, dan bersama Allah.

-----------


فبكى الشيوخ وقالوا ماعلى هذا مزيد جزاك الله خير ياتاج العارفين
Maka menangislah para Syeikh dan mereka berkata "Tiada yang lebih benar daripada katamu, semoga Allah mengganjarimu dengan kebaikan wahai mahkota (penghulu) orang-orang yang bijaksana"



Saturday, October 22, 2011

Kesibukan dunia yang sementara.


Pagi ini, aku bangun dengan linangan air mata..
entah kenapa.
perkataan yang seringkali berulang di dalam kotak fikiranku.

"kematian sentiasa mengintaimu dari jendela.."

aku sebak.

mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian.
sehinggakan lupa untuk duduk bersimpuh dihadapan Allah.
memuji kebesaranNya..
memohon keampunanNya..
mengingat kembali nikmat-nikmatNya yang sentiasa mengalir tanpa henti..

sejak kebelakangan ini,
sering juga aku bermimpi menziarahi saudara-saudaraku, guru-guruku yang
sudah tiada di alam ini.

mungkin juga Allah ingin mengingatkanku.
kematian itu akan hadir pada bila-bila masa sahaja.
adakah berbaloi kesibukan ini jika pengakhirannya hanyalah di neraka?
adakah berbaloi jika kesibukan ini tiada redha dan rahmat disisi Allah?

naudzubillahi minzalik..

terkadang, kesibukan ini membuatkan kita terlupa asas-asas kehidupan kita.
sebagai seorang anak, sahabat, juga yang paling penting sebagai seorang hamba
kepada RabbNya.
terkadang kita lupa bahawa masa ini adalah milik Allah, bukan milik kita sepenuhnya.
juga kita selalu terlupa bahawa kehidupan kita ini disusun oleh Allah.
kita tiada hak dan kuasa untuk menyusun hari-hari kita sepenuhnya.
kalau Allah hendak matikan kita, 
bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali HaqNya.

Rugilah, jika masa yang sekejap ini pengakhirannya bukan di Syurga.
kerana kemenangan yang sebenar bukanlah apabila cita-cita kita tercapai seperti mendapat kerja yang professional dan sebagainya.
Tetapi kemenangan yang sebenar adalah apabila saat kaki kita bertapak di Syurga ALLAH SWT..

Terngiang-ngiang kembali Surah Al-Imran ayat 185 :


 
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara."

Ya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya..
Aku merayu padaMu Ya Allah..
janganlah engkau golongkan aku dalam golongan orang-orang yang rugi...



Friday, September 30, 2011

~Rintihan Ibnu Jauzi~

 "Ya Allah, jika Engkau seksa aku di akhirat nanti, jangan engkau khabarkan kepada mereka bahawa yang diseksa itu dahulunya adalah seorang dai'e.."

Sunday, September 25, 2011

Zuhud..


 
 
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَصِيرٍ , فَقَامَ وَقَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبِهِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , لَوِ اتَّخَذْنَا لَكَ وِطَاءً ، فَقَالَ : " مَا لِي وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا "قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Abdullah bin Mas'ud ra berkata:                                                                                    Nabi saw pernah tidur di atas tikar, kemudian baginda bangun dan terdapat kesan tikar pada tubuhnya. Kami berkata: Ya Rasulullah, seandainya kami mengambil alas untuk kamu. Jawab baginda: Apa aku kisah dengan dunia. Tidaklah aku di dunia melainkan seperti pengembara yang singgah berteduh di bawah pokok, berehat kemudian meninggalkannya
 
*Sunan at-Tirmizi: Kitab Zuhud, Bab Mengambil Harta Dengan Betul: 2312, hadis hasan sahih
.