Friday, June 10, 2011

~Reminder of the day : Ingat PERCUMA ke?~


..Kita pergi ke kedai, minum air dan makan nasi,
tiba-tiba enggan untuk bayar..
nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma.
Itu baru air dan nasi..
Apakata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia,
bernyawa dengan udara Tuhan,
melihat dengan mata yang Allah SWT bagi,
mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah,
tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma
tanpa buat kerja untuk Allah SWT..???


-Tok Guru Nik Aziz-

Wednesday, June 8, 2011

Muhasabah kembali..


Pernah tak dengar pepatah pujangga ini?

" Dia ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain"

Sebelum ini saya sering menyangka, persona yang sebegini adalah peribadi yang mulia dan hatinya tulus suci bersih. Selalu saya bercita-cita menjadi sebahagian dari mereka. Melihat nadi perwira yang sebegitu tulus membuatkan saya teruja.

Namun baru-baru ini saya tersentak. Ada seorang pak cik yang agak berpengalaman duduk bersama-sama saya dan teman-teman. Dia berkongsi dengan kami pengalaman dan memberikan nasihat.

"Janganlah kamu semua menjadi jambatan ke syurga, menghantar orang lain ke syurga, tetapi kamu tertinggal di atas neraka"


Mungkin kata-kata itu nampak pelik. Dia menyambung lagi.

"Jangan jadi macam lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain, tetapi diri sendiri terbakar"


Saya tambah berfikir. Akhirnya saya mendapat hikmah kata-katanya. Dan hikmah itu membuatkan hati saya dirundung duka. Duka dengan diri yang lemah dan tidak sempurna, duka dengan hati yang hitam tercela. Duka dengan diri yang tidak dapat menentang nafsu menghawa. Kata-kata pak cik itu mendalam maknanya. Akhirnya makna itu melancar seperti panah yang terlepas dari busur, menuju tepat ke hati saya.

Ada manusia, dia mengajak orang untuk ke syurga, mengenali ALLAH dan mentaati Rasulullah S.A.W. Namun dia terperangkap dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Dia mengajak orang meninggalkan maksiat, tetapi diri sendiri melakukan. Dia mengajak orang beramal, tetapi diri sendiri meninggalkan. Ini bukanlah masalah mampu atau tidak mampu, ini masalah dia tahu dia berbuat kesalahan dan tidak keluar dari kesalahannya.

Saya betul-betul terasa. Hati rasa hangat. Sehangat mentari, saya berfikir semula. Saya juga banyak yang tidak selesai. Patutlah kata-kata ibarat terhijab, doa ibarat tergantung dan diri ini menjadi hiba. Tambah menakutkan apabila pak cik itu menambah,

" ALLAH akan singkap dosa kita yang orang tidak tahu dulu. ALLAH akan aibkan kita di akhirat nanti dengan aib yang seaib-aibnya. Kerana kita di dunia tidak malu di hadapan ALLAH melakukan dosa. Dan pada hari itu ALLAH murka, ALLAH membalas dengan balasan yang lebih dasyat"


Saya terkedu. Takutnya. Hati rasa bergetar. Pak cik itu menambah.

" Ketika itu beberapa orang yang masuk syurga yang melihat kamu, mereka akan bertanya, eh, bukankah kau yang mengajak kami ke syurga, mentaati ALLAH dan mengikuti Rasulullah S.A.W.? Kenapa kau melakukan seperti itu?"


Hati saya tambah sebak. sambung pak cik itu lagi.

" Dari kalangan ahli neraka pula akan berkata, ha....itulah dia. Dia mengajak kita kepada kebaikan tetapi rupa-rupanya dia yang melakukan segala maksiat dan bantahan"

Saya takut, saya tergolong dari kalangan orang2 yang begitu. Saya boleh tahan apa sahaja di dunia ini, saya tidak gentar dengan apa sahaja di dunia ini. Tetapi murka ALLAH, saya tidak pernah bermimpi untuk mengingini.

ALLAH, kalau aku ini dihukum sebegitu, aku akan menjadi malu.
Memang dosa ini terlalu banyak.
Aku telah mengunci bicaraku,
aku telah menggari langkahku,
dosaku tetap berlari-lari di dalam aliran darahku.

ALLAH,aku telah sujud kepadaMu,
memohon dan mengharap rahmat dan belas ihsan daripadaMu,
aku memang setiasa tewas pada nafsu,
namun aku juga sering bangkit dan memperbaiki diri walau aku sering jatuh kembali.


ALLAH aku memang hambaMu yang lemah.
Banyak kelamahan dan kesilapan. Amal solehku bukan untuk aku tunjukkan,
tetapi hanya untukMu ya ALLAH, untuk menyelamatkanku dari apiMu.

Kasihanilah aku...kasihanilah aku....

Aku merayu....
RABB...
Aku duduk sendiri,
Sepi mengoreksi dan memuhasabah diri..


Tuesday, May 31, 2011

apabila melihat mereka..



apabila aku melihat mereka,
ku kesedihan..
Hidayah itu benar-benar miliknya..
Dengan mudahnya Dia meminjamkan..
dan juga mudahnya Dia mengambil kembali..

Moga Aku dan kalian tetap thabat di atas jalanNya..
meskipun kita penuh kekurangan yang mana jika dibandingkan
dengan nikmatNya yang Maha Sempurna..
sungguh, siapalah kita sebenarnya..

"Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya),
dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya);
dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.
Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan)
neraka itu tidak lain hanyalah
menjadi peringatan bagi manusia." (74:31)



Monday, May 30, 2011

jom conteng2 sambil tadabbur alam.. ^__^


"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu
dan dia berkehendak (menciptakan) langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit.
Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.."


(Al-Baqarah : 29)

Monday, May 23, 2011

This is not about him, this is about YOU !




Alhamdulillah, ini diperoleh oleh sahabatku daripada blog yang Allah izin dia terbaca..

Ku pohon keampunan dari Allah juga jutaan kemaafan kepada semua andai aku pernah lalai dalam menjaga batas syara' dalam muamalah harianku baik di alam realiti ataupun di alam siber..

Tatacara Berurusan & Muamalah:

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.


2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar.

Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).
Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orangg perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:


“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu untuk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yangg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelaki2 tu, banyak2 lah berdoa,

“Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

so, be careful dgn pandangan mata..

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53.

“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.
Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..


5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.


Semoga bermanfaat dan semoga Allah mengurniakan hidayah bagi kita untuk menjadi seorang wanita mu’minah yg briman dan bertaqwa kepada Allah, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi..


-- taken from IMAN ZUHAYR --


Tuesday, May 10, 2011

Musafir Rawan..


Aku ini bukan malang bukan terbuang..
Sebenarnya aku dalam persimpangan jalan hidupku..
Ku berdoa pengakhiran hidup biar tenteram..
Walau telah jenuh..
Aku lewati onak ranjau lembah bara..
Datang dan pergi..
terjatuh..
tersadung..
lalu ku bangkit semula..

mencariNya..


Tuesday, April 19, 2011

Perjuangan kita belum selesai !


International Seminar on Peace and Humanitarian Aid for Gaza 2011

Date : 23rd April 2011 (Saturday)
Venue : Conference Room, Cultural Activity Center (CAC)
Time : 7.30 am - 6.00 pm.

Organizer: HALUAN, Yayasan Belia Malaysia and IIUM Journalism Club

Fee: Student - RM 30 (up to first degree)
Public - RM 50.
Corporate - RM 100.

Online registration at http://seminar2011.lifeline4gaza.org/

"Together We End the Siege on Gaza"