Tuesday, April 20, 2010

Istimewa : Selamat Hari Lahir Sayangku.. :)


21 APRIL.. Wahh~!! Hari ini adalah hari istimewa bagiku..

Istimewa? Haha. Actually, hari ni hari lahir ibuku yang ke..? dot dot dot..

Ummi kata, “umur ummi rahsia..” (haha) ok then, tu tak penting..

Yang penting, makin meningkat umur makin dekat dengan Dia. insyaAllah.

Kek yang abah beli semalam kat secret receipe tak sentuh lagi..

Wahh, cepatla farzana balik. Dia cakap

“jangan sentuh kek tu selagi adik tak balik”

Yela2, tak sentuh pun.. tapi bila kamu tu nak balik? Dah kempunan tahap gaban dah nih kat kek tu..

Naik beku dah dalam peti ais tu, kesian kek kesejukan, kan kan?


Selalunya birthday ummi boleh bagi macam2..

Tapi sekarang tengah sengkek, hehe. Biasalah, sem lepas duit keluar macam air..

Boros betul! Huhu. Dah nak buat macam mana, banyak keperluan la bila dah masuk ipt nih.

Lagi2 buku teks, pergh! Bukan tak mau pinjam. Ramai senior dah di ‘book’ buku dia.

So nak tak nak aku kena beli jugak lah. Huhu (yang cerita pasal aku ni kenapa?) adoiyai~


Ok, berbalik pada birthday ummiku nih..

Erm, apa nak cakap eh? Haa.. sempena hari lahir ummiku sayang nih..

saya siti farhana lokman memohon jutaan kemaafan andai ada banyak buat ummi terasa hati,

geram, sedih, terkilan dan macam2 lagi lah. Huhu

Malu sebenarnya nak mintak maaf depan2, so harap2 ummi baca kat blog hana la ye. Hehe.


Cakap pasal mintak maaf nih, terkenang pulak masa lalu..

waktu aku confess kesalahan aku depan ummi.

Pergh! Tiba2 je ada kekuatan, sebelum2 ni tak pernah la pulak nak mintak maaf. Huhu

Bukan apa, aku rasa bersalah sangat kat ummi, sebab yelah..

dah buat dosa kat mak, takkan tak rasa bersalah kot..

orang gila pun ada perasaan tau..

Dah buat salah baru nak terasa bersalah, sebelum buat tak fikir dulu..

Hailar farhana, bila la nak matang. Huhu.

Well, meh nak cerita sikit pasal confession yang aku buat tu..

harap dapat jadi pengajaran buat semua. ^ ^


.......................................................................................................................................................


Di satu petang yang hening.. (intro dah berbunga dah)


Waktu tu aku sedang menemani ummiku ke klinik homeopathy sebab aku ada appointment disitu.

Seminggu tu, aku dan ummiku berulang alik dari penang ke kedah..

Walaupun perjalanan mengambil masa yang agak lama,

dan tol pulak yang tak habis2 mintak duit je..

Tapi ummi nampak cool je, padahal dia baru sahaja pulang dari tempat kerja.

Sanggup hantar dan teman aku buat appointment. Kadang2 maghrib baru balik..




Mungkin aku terharu tengok ummi yang sanggup bersusah payah keranaku.

Aku mula jadi serba salah sebab aku selalu susahkan ummi.. huhu

Entah kenapa, tiba2 aku terasa ada kekuatan untuk buat confession pasal kesalahan lama aku padanya..


“nak cakap ke tak, tak nak cakap ke nak..”


pusing kepalaku memikirkannya..

Tapi tak apa, biarlah aku kena marah pun, asalkan aku lepas dari dibelenggu dosa..

Tak sedap hati bila teringat dosa2 yang dibuat, dosa pada ibu bapa pulak tuh.


Kedaan agak sunyi waktu itu, hanya kedengaran bunyi enjin kereta sahaja..

Setelah agak lama dalam kepalaku macam tunggang terbalik, aku mula bersuara..


“ummi, errmmm... hana nak ngaku satu bende nih. Huhu”


“benda apa?”

ummi hanya tersenyum sambil matanya memandang ke arahku..


“erm, hana kan.. huhu.. ummi jangan marah tau?”


“laa.. nak marah apenye.. cakap pun tak lagi.”


“takde la, hana cakap nanti ummi mesti marah punya.. tapi sorry tau mi.. sorry laa...”




“ya Allah bakpo nak sorry pulok? Tok ghoyak gapo lagi”

Alamak, dah keluar dah loghat kelantan. (saje joking2) hehe


“mi, hana kan.. waktu form 4 dulu.. hana pernah curi duit umi nak beli handphone.. errr..”


Ummiku hanya mampu mendiamkan diri. Mesti kecewa dengan sikapku yang sanggup curi duit ibu sendiri semata2 nak beli handphone!

Alamak, kenapa ummi diam pulak..

marah ke.. aduhh, takut2.. rasa macam nak terjun dari kereta saja..

Tak sanggup tengok muka ibu yang sangat kecewa.. wuuuu~


Ya Allah apa aku nak buat nih, ummi marah ke? Kalau marah cakap laa..

Hana tak buat dah ummi, betul..

Waktu tu tak matured lagi, tak pernah berfikir pun sebelum nak buat..

Janganla ummi benci hana, tu je yang the first and the last!

Dalam keadaan hati yang sangatlah tak tenteram.. tiba2 ummiku bersuara..


“Allah hai hana ni, ummi pun selalu pinjam duit hana. Relax la..”

Ummiku tergelak mendengar pengakuanku..


“mi, pinjam dengan curi lain laa.. pinjam takpe, ni curi mi.. huhu.. sorry.. time tu tak fikir lagi dosa pahala.. huhu”


Ummi hanya tersenyum saja..

“kenapa hana tak cakap nak duit? Kan ummi boleh bagi..”


“ala, kan beli handphone.. takkan la hana nak mintak duit kat ummi kot semata2 untuk beli handphone.. sah ummi tak bagi.. huhu. Tapi mi, hana tak buat dah.. hana dah ganti dah duit ummi”


“patutla hari tu ummi rasa duit ummi banyak semacam, hehe.. “


Pelik betul ummi ni, aku curi duit dia pun boleh senyum lagi.

Kalau anak aku buat perangai macam aku ni, dah lama aku fire! Hehe


Petang tu aku pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat tenteram dan puas hati!

Syukur ya Allah kerana memberiku kekuatan..

Syukur sangat3..


.....................................................................................................................................................................


sampai macam tu sekail kan kasih sayang ibu pada kita?

bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka.

mesti kita dah mengamuk sakan kan?

punyala ibu tu bersifat pemaaf..

walau mereka marah dan terkilan sekali pun..

mereka tak pernah terdetik dalam hati untuk menyimpan dendam ke atas kita..

tapi janganlah kita gunakan kebaikan ibu kita sebagai peluang untuk kita

terus menerus menyakiti mereka..

walau penyabar sekalipun mereka, mereka tetap manusia..

jangan sampai kita tergolong dalam anak2 yang derhaka pada ibu bapa..


mungkin mereka tak kata mereka marah dengan kita..

dan mungkin juga mereka tak tunjuk yang mereka tak puas hati dengan kita..

tapi hati mereka?

sekali terdetik di hati mereka tak redha dengan kelakuan kita..

kita nak jawab depan Allah nanti??

Syurga di bawah tapak kaki ibu, so jagalah hati ibu kita denga sebaik mungkin..

Redha Allah juga terletak pada redha ibu bapa. Ingat tu!


dan..

Jangan jadi pencuri! Walaupun ibu atau orang skeliling kita tak nampak..

Tapi Allah al-Basir nampak..

Luqman menasihati anaknya..


“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi.”




Hilang duit boleh dicari, hilang ibu tiada berganti!

SELAMAT HARI LAHIR UMMIKU SAYANG!!!!



Sunday, April 18, 2010

ape nak jadi dengan saye ni. . . . .


Kita selalu diingatkan bahawa kejadian kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah padaNya..
tetapi fitrah manusia yang bersifat pelupa, kadang2 niat kita dalam melakukan amalan seharian tersasar dari keranaNya..
riak? ya penyakit inilah yang sering bersarang dalam hati2 yang bernafas dalam jiwa hamba..

jadi hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pengakuan seorang remaja yang dikenali
sebagai insyirah..
Pengakuan ini dipetik dari laman web langitilahi..
kagum dengan sifat keperihatinan pada dirinya yang ingin membuang sifat yang hampir
kepada syirik kecil ini..
bagus juga jika perkongsian ini dapat di manfaatkan untuk kita bersama..

insyirah wrote:

assalamualaikum kepada sesiapa yg membaca cerita saye ini………….

mula-mulanya ape yang saya ingin katakan yang saya merasa malu menghantar artikel sepert ini….
seoalah-olah saya ini seperti rang yang tiada iman.
Tapi saya tak tahu ape lagi yang saya perlu lakukan untuk menyelesaikan masalah yang membuak-buak dalam saya ini.

Saya terasa ingin berubah menjadi seorang yang taat dalam agama dan taat kepada allah. Namun, setiap kali saya berubah, perasaan riak dan rasa semakin jauh daripada Allah pasti ada. seolah-olah saya tidak pernah melakukan dosa sebelum ini.

seolah-olah saya ni orang yang beriman dengan sebenar-benar iman.
hakikat yang sebenarnya semua itu adalah salah dan tipu daya semata-mata.
Saya akui yang saya sebelum ni pernah diberi hidayah oleh allah.
ada masa itu saya dapat merasakan nikmat kemanisan itu.jika sebelum ini saya bertudung biasa, namun selepas mendapat hidayah itu saya telah berubah dengan memakai tudung labuh. Namun, tanpa saya sedari, saya telah bersikap riak, takkabur dan ujub dengan hidayah itu.


Dan kini hidayah itu telah jauh meninggalkan diri saya,
hinggakan saya berasa jiwa saya penuh kosong.
malah perkara-perkara akidah juga pernah saya pertikaikan dan ada yang saya tidak percayai. Apa yang boleh saya katakan saya seperti seorang yang batal akidahnya.

Namun, pada masa yang sama saya rasa teringin untuk menjadi hamba kepada tuhan yang satu. adakah saya masih islam atau saye telah jatuh kufur.
Saya bukan tidak berusaha untuk berubah.
saya ada juga berusaha.
cthnya, saya selalu membaca buku2 agama, malah bku langit ilahi juga pernah saya baca.
namun, apa yang saya baca hilang begitu sahaja seperti debu yang berterbangan..

Ke surau tiap-tiap hari saye pergi.
namun, ketenangan dan kemanisan iman tetap tidak pernah saya rasa.
Apa yang saya lakukan ialah bersikap riak dengan amalan yang saya lakukan.
merasakan yang saya ni bagus, dan iman saya benar-benar mantap.
sayalah orng yang paling baik.
malah saya juga memegang jawatan ajk surau di tempat saya belajar.
jika dah pegang jawatan itu, persepsi yang saya perlehi ialah saya ni merupakan orang yang baik. Jika dahulu, saya tidak pernah terfikir untuk bercouple, namun kini, saya telah cenderung untuk bercuple malah turut berkhayal untuk memiliki kekasih…….
selalu berangan-anagan. saya benar-benar telah kehilangan diri saya sebelum ini.

jika semasa saya beroleh hidayah, saya selalu melakukan amalan-amalan sunat,
namun kini yang wajib itu pun susah untk saya lakukan. cthnya, solat lima waktu.
ditambah lagi, dengan ibu bapa saya yang tidak menjaga solat lima waktu mereka.

Bukannya mereka tidak solat, mereka solat namun tidak cukup lima waktu itu.
hati dan jiwa saya benar-benar rasa kosong. seolah-olah saya ini tidak bertuhan……

sedihnya saya rasa apabila memikirkan rakan-rakan saya yang mana hidayah yang mereka perolehi bertambah dari hari ke hari.
Namun, hidayah saya pula semakin berkurangan..
apa yang saya prlu lakukan lagi..
sya benar-benar tidak berdaya untuk melakukan sesuatu bagi merubah nasib saya…….

saya seperti orang kafir, musyrik dan munafik jika sikap-sikap demikian saya terus saya lakukan……
bantu saya!!!!!!!!!!!

actually, ku cuba semampu yang boleh untuk menjawab persoalan saudari insyirah ini, tetapi jika ada khilaf pada kata2, mohon rakan2 dan pembaca sekalian untuk perbetulkan :)


sisfaeez wrote:

Assalamualikum w.b.t..
Ukhti fillah,
Pertama dan selamanya, izinkan diri yg terlalu hina & kerdil ini memohon jutaan
kemaafan kpd Allah.. Tak terlintas lansung nak sakitkan hati sesiapa..
Kita warnai dunia kita dgn tangan sendiri.. Andai tangan terpesong, buruklah lukisan yg dihasilkan.. Begitu juga diri kita, peliharalah hatimu dan dirimu..

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yg layak utk berkongsi pendapat ttg msalah saudari.. Tapi, selagi kita bersaudara.. Saya akan sedaya upaya bantu saudari dan dalam masa yg sama saya cuba perbaiki diri saya sendiri.. InsyaAllah..

Setiap hamba Allah tu pasti diuji, t'masuk diri saya sendiri..
Honestly, waktu saya zaman sekolah dahulu saya ni dalam kategori budak2 bermasalah.. Perangai saya sangat contra dgn kakak saya yg mana dia adalah seorg pengawas juga ketua biro dakwah dan tarbiyah di sekolah saya..

Tapi Allah tu maha mengetahui.. Saya teringin nak jadi macam kakak saya, tak pernah tinggal solat surau, tak pernah buat masalah dekat sekolah, sentiasa luangkan masa dia untuk kerja2 dakwah..
Dari contoh tauladan yg ditunjukkan oleh kakak saya, saya berinspirasi utk perbaiki diri saya sendiri supaya menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni..

Tapi, satu benda yang selalu mengganggu bila saya nak buat kebaikan iaitu riak.. masalah2 hati ni memang susah utk dibuang kalau tak dibendung dari awal.. Ustaz saya selalu pesan..


“Syaitan tu licik, kalau dia tak dapat hasut kita supaya jauhkan diri dari buat kebaikan, dia akan guna cara lain pula utk hasut kita iaitu melalui HATI.. contohnya, kalau dahulunya kita tak pernah lakukan solat dhuha, kita cuba utk constant solat dhuha setiap pagi.. dari segi perubahan memang bagus sebab kita cuba utk buat benda baik, tapi cuba periksa balik hati kita.. kita mula akan rasa riak dan ujub atas perubahan baik dalam diri kita..”


“Innamal a'malu binniat”.. Setiap amalan itu bermula dengan niat.. Bila sentuh tentang hadis ni, kita dapat lihat bahawa pentingya niat sebelum melakukan sesuatu.. Pasang niat sebelum kita lakukan sesuatu utk siapa?? sebab apa?? Allah redha tak apa yang kita nak buat tu?? Paling penting, nak buat apa2 kita niatkan kerana Allah.. dan benda yang kita nak buat tu mesti tak berlanggar dengan syara'..

Dan sentuh pasal riak pula.. Cuba kikis perasaan2 tu dengan.. : Apabila kita hendak lakukan sesuatu kebaikan, cuba kita ingatkan balik hati kita.. Ada orang yang lebih baik dari kita.. Ada orang yang lebih banyak lakukan amalan kebaikan dari kita.. Ada orang yang Allah tinggikan darjat dia dekat dunia lagi kalau nak bandingkan dgn diri kita yang serba hina ni.. Anggap apa yang kita lakukan hanyalah benda kecil sahaja.. sentiasa tanamkan diri kita dgn sifat rendah diri, tapi jangan sampai kita merendah-rendahkan diri pula.. Bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan..

Penting utk kita jauhkan diri dari sifat mazmumah ini kerana jika tidak dibendung,
ia akan memberi kesan2 yang buruk pada diri dan hati kita..
Ingin saya kongsi sedikit kesan2 negative sikap riak dan ujub dari buku Syed Mahazir Shariff Ahmad - merawat penyakit 7 hati :



- Terjerumus ke dalam sikap terpedaya dan sombong
- Terhalang dari bimbingan illahi(taufiq hidayah)
- Putus asa saat menerima cubaan dan musibah
- Dijauhi dan dibenci dari orang lain
- Mendapat seksa Allah di dunia dan di akhirat

Tanda2 penyakit ujub ini :
- Merasa diri suci
- Mengabaikan nasihat
- Senang mendengar aib temannya

Ingin saya tambah kan sedikit lagi tentang cara2 merawat penyakit riak dan ujub :
• Selalu menyedari hakikat diri ; menyedari bahawa diri ini diciptakan dari tanah yg dipijak-pijak kaki, lalu menjadi air hina yang jika orang melihat, pasti akan merasa jijik. Dirinya akan dikembalikan ke dalam tanah, kemudian menjadi bangkai busuk yang dijauhi manusia. Semasa hidup, ia selalu membawa kotoran tersebut tidak keluar, ia akan merasa sakit.Kesedaran seprti ini akan sangat membantu seseorang dalam mencegah dan mengubati penyakit ujub serta akan mengerti dirinya dari kelalaian dan kesesatan. Bahkan cara ini juga dapat menjaganya tidak terjerumus utk kedua kalinya pada sikap ujub. Dalam sebuah kisah pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w :

salah seorang soleh menempuh cara tersebut ketika ia merasa bangga dengan dirinya sambil berkata pada dirinya. “Tahukah engkau siapa aku?” lantas ia menjawab sendiri, “ya, aku tahu siapa dirimu. Kamu dahulu hanyalah setitis air yang hina. Kamu akan menjadi bangkai busuk dan semasa kamu hidup kamu selalu membawa kotoran..”



• Sentiasa menyedari hakikat kehidupan di dunia dan di akhirat.
• Sentiasa mengingati nikmat2 Allah yang berikan pada kita ; memiliki fizikal yang sempurna, lahir dalam keluarga yang faham islam, etc.
• Bertafakkur akan kematian dan kehidupan sesudahnya ; Sentiasa mengingati akan azab2 lantaran dari maksiat yang kita lakukan.
• Sentiasa mendengar nasihat Al-Quran dan As sunnah.
• Sentiasa menghadiri majlis2 ilmu.
• Memerhati keadaan orang yang sedang sakit.
• Mendengar nasihat ibu bapa, kawan, saudara terdekat tentang bahaya ujub.
• Memutuskan hubungan dengan orang2 yang suka ujub.
• Menolak dari jadi pemimpin ; Dapat memudahkan seseorang itu bebas dari penyakit ujub kerana dia merasa belum siap atau belum memiliki bekal utk melawan bisikan syaitan supaya riak dengan jawatan yang diberi.
• Sentiasa memerhati kisah hidup orang soleh.
• Mengawal sikap sombong ; melayani dengan baik orang yang berstatus lebih rendah, berbelanja makanan ke pasar, memenuhi keperluan sendiri dan perilaku lain yang sering dilakukan oleh orang2 soleh terdahulu.
• Menyertai orang yang beramal di jalan Allah.
• Sentiasa muhasabah diri.
• Memahami akibat dan kesan penyakit ujub.
• Memohon pertolongan pada Allah S.W.T.
• Mengutamakn kualiti diri.




Akhir kalam, selamat berjuang saya ucapkan pada saudari..
Kekuatan usah ditunggu, tapi harus di bina dengn sendiri..
Apa yang saudari perlu lakukan sekarang,

usaha utk berubah.. Sentiasa berdoa supaya Allah beri kekutan pada saudari..
Mintak sungguh2 pada Allah supaya Allah buka hati utk berubah.. InsyaALLAH..
Allah tu maha pengasih, Dia takkan sia2kan doa hambaNya.. Dan yang paling penting, tawakkal dan yakin dengan janji2 Allah..
Yang baik datang dari Allah, yang mana buruk datang dari saya sendiri.. Sekali lagi saya mohon kemaafan pada Allah dan pada semua jika ada kesilapan pada kata2 saya.. Wallahu'alam..

Saturday, April 17, 2010

Mari kita sama2 berbalik pada Dia..


Sedangku khusyu' menyelak helaian lembaran kitab suciNya..
hatiku tertarik dengan ayat ini..
terpukul aku apabila membaca tafsirnya..

"Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."

(Al A'raf : 179)

Gunakanlah nikmat yang Allah beri pada kita sebaik mungkin kerana nikmat
itu adalah AMANAH kepada kita untuk kita gunakan ke arah jalanNya..
Dan jangan kita lupa, nikmat2 itulah
yang akan menjadi saksi atas segala perlakuan kita di akhirat kelak..
Allah juga ada berfirman dalam surah Hud : 23 yang berbunyi..

"Perumpamaan kedua golongan (orang2 kafir dan orang2 mukmin), seperti buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan mendengar. Samakah kedua golongan itu? Maka tidakkah kamu mengambil pengajaran?"

Orang beriman menilai sesuatu perkara bukan dengan kedua matanya sahaja,
tetapi menilai dengan menggunakan mata hati dan iman..
Mata melihat kemungkaran, hati menilai perkara itu samada ma'ruf atau mugkar ..
Dan IMAN menguatkan lagi keteguhan hati pada nilaian Allah..

Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhaiNya.. insyaAllah.

Thursday, April 15, 2010

Kalau Tuhan itu baik.. katanya. . .


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam,
tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar
‘Membangun Bersama Islam’,
kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat..

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion
telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,
ustaz ni pun bagi la nasihat,

“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..
peratura ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran,
tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..
kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat,
bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang,
Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak


“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..
dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni.
Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je.
Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..
Kan Tuhan tu baik?”


Gadis tu terkejut.
Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.
Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..
maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.
Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..
perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..
lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..
takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak?
Awak rasa, adil ke?”;
tanya ustaz.


“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..”
rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”


Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam.
Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka,
yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,
maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah;
semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..
semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya,
untuk kebaikan diri kita jugak."

Monday, April 12, 2010

a promise. . .



suka dengan lagu ni..
tajuknya 'a promise' dari Benammi..
sebelum ini akak2 uia selalu pasang lagu benammi..
sambil2 buat kerja..
so ade kesempatan sikit, ku cuba cari full album lagu dari benammi..
salah satunya inilah, a promise..
aku ingat janji untuk sahabat..
baru nak tujukan lagu ni pada sahabat2 tercinta.. :)
tapi tak apalah, buat mereka yang sudah berumah tangga..
moga berkekalan Baitul Muslim yang terbina..

juga pada akak2 yang dah habis degree di UIA..
kalau dah nak walimah tu..
jadilah isteri yang solehah ye.. hehe

- Husnuzon - Open hearted - Baik sangka -


Ya, salah satu sifat manusia adalah suka bersangka - sangka..
ada sangkaan baik dan ada sangkaan buruk..

orang beribadah disangka riak,
orang yang relax disangka malas,
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
orang yang pakai baju buruk pula disangka zuhud, hina,
orang makan banyak disangka pelahap,
orang makan sikit disangka kedekut,
orang masam disangka merajuk,
orang bermuzakarah disangka mengumpat,
orang diam disangka sombong,
orang menawan disangka pakai susuk,
orang nampak ceria disangka membela..

semua nampak tak kena..

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

jadi, kita patut jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal
memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulannya yang boleh kita buat..
tapi, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya..

"Tegakkan Islam dalam diri kamu..
nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu.."
~Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna~

yang paling penting, just be yourself..
be what ALLAH wants you to be! and always trust to HIM :)