Sunday, April 11, 2010

people can change..


"People can change".. aku sangat suka dengan ayat ini,..

walaupun nampak macam mudah disebut, tapi sangat susah untuk merealisasikannya..

sungguh, sangat2 susah.. 7 tahun, ya aku ingat 7 tahun itu..


hari2 yang sangat memberi makna buat aku..

hari2 yang menyebabkan aku belajar banyak perkara dalam hidup aku..

hari2 yang membuatkan ibuku selalu menangis keranaku..

jadi, entry kali ini bukanlah seperti entry2 sebelumnya.. (artikel2 & etc.)

tapi kali ni, aku ingin berkongsi tentang kisah silamku..

mungkin orang akan fikir, aku ni membuka aib sendiri..

tapi bagi aku, aku cuma hendak berkongsi saat2 'genting' aku dalam mengenal diri..

dalam mengenal erti kehidupan sebenar..

sebagai pengajaran untuk semua..


tingkatan 1


ya, waktu ini aku mula mengenali lagu2 yang tak syara'..

kalau nak salahkan kawan aku pun tak boleh juga sebab mereka tak pernah mengajak aku pun dengar lagu2

nih.. tapi aku sendiri yang ingin cuba2 dengar, bila sekali dengar..

pergh, best! kenapa ek? kenapa lagu tak syara' lagi best dari nasyid?

aku jadi angau dengan lagu ni sampaikan waktu menjawab periksa pun aku

sanggup bawak mp3 untuk dengar lagu2 tu.. masyaAllah..



aku dah mula pandai 'fly' balik kampung tanpa izin warden, 'fly' ke bandar dengan member2 sekepala..

seronok tu memang seronok, tapi bila fikir balik..

berkat ke ilmu yang ada pada aku ni bila dah langgar peraturan sekolah?

ahh.. peduli apa aku. asalkan aku dapat 'hang out' and release tension ni..

yela, dekat sekolah mana la ada cyber cafe ke shopping complex.. terlalu banyak rules..

kononnya rasa terpenjara dengan rules sekolah, padahal itu semua untuk kebaikan diri sendiri jugak..


tingkatan 2


batch kami terkenal sebagai batch yang paling bising, termasuklah aku..

suara kami sentiasa kedengaran di mana2 saja..

walaupun sentiasa diingatkan dengan azab2 wanita yang tidak menjaga maruahnya, suaranya, auratnya..

tapi nasihat2 itu, selalu tidak ku endahkan.. perangai bising makin menjadi2, sampaikan kakak2 dan adik2 sekeliling

benci dengan kami.. aduhh, hinanya diri..


teringat waktu perhimpunan, aku lawan2 conteng buku dengan seorang member rapat ku..

kemudian ketawa terbahak2, seronok dapat

lawan conteng padahal ustaz sedang bersungguh2 memberi kami mutiara2 berharga..

tapi aku ni bagaikan berpaling dari mengambil mutiara2 itu..

Ya Allah.. ruginya aku selalu mensia2kan mutiara2 yang diberi..

bukan mudah untuk mendapatkannya, dan tidak mungkin akan

ku temui lagi mutiara2 itu..

asalkan perhimpunan saja, aku mesti akan keluar masuk bilik guru..

untuk apa? sebab kena berjanji la..

berjanji dengan cikgu yang aku takkan bising lagi waktu perhimpunan, sampai kena angkat sumpah lagi..

tapi lepas tu buat balik.. hadeh..


dah pandai demand dah.. tak nak pergi prep, so caranya aku menyorokla atas asrama..

kesian pengawas yang bertugas, terpaksa naik sampai

tingkat 4 untuk 'check' budak2 yang tak pergi prep.. tapi, budak2 yang menyorok ni pulak satu hal..

kalau dah menyorok tu memang tak boleh dijumpai dah..

sampaikan terpaksa menyorok dalam tandas, busuk tak busuk terpaksa menyorok jugak..

kalau tak, habislah kena belasah dengan warden nanti..

tapi kalau kena rotan atau kena tengking dengan warden pun aku buat macam tak kisah,

bak kata pepatah.. alah bisa tegal biasa.. huhu


tingkatan 3


memori perit yang paling aku ingat.. aku pernah ajar kawan2ku toreh tangan dengan kuku..

punyalah macam tak ada kerja lain..

walhal, kerja sekolah bertimbun dalam beg..

sampaikan pengetua aku dapat hidu pasal ni sebab junior2 aku bernanah2 tangan ekoran

'ajaran'ku tu.. apa lagi, kena panggil lagi masuk bilik pengetua, bak patah kata2 arab..

"baiti jannati" - rumahku syurgaku. hehe

ustaz nampak sangat kecewa dengan perangaiku..

teringat kata2 ustaz..


"anti tahu tak, dalam hadis tak bau syurga kalau kita menyakiti diri sendiri..?

anti bukan saja menyakiti diri sendiri, malah mengajak pula orang lain..

anti tak rasa kah anti dah tarik orang2 lain masuk neraka sama? dan anti tahu tak apa yang anti

buat ni dari ajaran black metal? boleh rosak aqidah..

anti nak ana buat apa untuk anti menyesal? nak ustaz rotan ka?"




air mata mula berjujuran, tak dapat dibendung lagi.. sungguh, aku tak tahu apa yang aku buat tu kesannya sampai macam tu sekali..


"ustaz, kalau ustaz nak pukul, pukul saya sudahla.. saya yang bersalah.."


ustaz hanya mampu berdiam.. raut wajah ustaz pada waktu itu, tak dapat aku lupakan..

kawan2ku yang pengawas pula hampir2 dilucutkan jawatan disebabkan aku.. ya Allah, teruknya aku..


2 bulan sebelum PMR, cikgu disiplin datang ke kelasku..

dia berhajat hendak menemuiku serta kawan2ku yang lain..

"untuk apakah?"

getus hatiku, berdebar2 juga bila nama dipanggil..

rupanya, aku menerima surat untuk 'confess' kesalahan2 yang aku buat..

salah satunya, aku ada berhubung dengan lelaki..

eh, salah jugak ke? bersembang biasa ja pun, bukan ber'couple'..


"memangla tak bercouple, tapi bila kita bersembang kosong dengan bukan muhrim tanpa ada benda yang penting, dah zina hati namanya.."


ngomel kakakku lagi.

"hana ni memang memalukan akak..

akak dah la pengawas, ketua biro dakwah dan tarbiyah pula tu..

hana tak kesian kat akak ke cikgu2 'complaint' pasal hana kt akak?

akak nak letak muka kat mana?

kalau hana tak sayang diri pun at least kesianla sikit kat umi dan abah.."


aku hanya mampu tunduk, kesal? hurmm..


tiba2 pihak sekolah menghantar surat padaku bahawa aku dikenakan hukuman 'public canning'..

ya Allah, malunya tak terkira.. tau pun malu, tapi buat dosa tak ingat pula..

ni baru hukuman dunia, tak masuk lagi hukuman Allah di akhirat nanti.. nauzubillah..

disebabkan perangaiku yang tak boleh diubah,

cikgu memujuk ayahku supaya mengeluarkanku dari sekolah itu..

ya Allah, sedih tak terkira.. aku berkelakuan begitu bukan sebab aku benci sekolah itu..

tapi... hurmm, suka atau tak, aku pasrah..


tingkatan 4



di sekolah baru pula.. perangai ni makin menjadi2.. tak tahu mengapa..

cikgu2 memandangku macam aku ni sentiasa buat salah..

teringat lagi waktu hari pertama di sekolah baru..


"kamu ni budak baru kah?"

tanya seorang cikgu disiplin.. aku hanya mampu mengangguk..

"kamu tahu tak peraturan sekolah ni macam mana?

kenapa pakai baju yang tak bercekak?

kenapa tak pakai lencana? kenapa kasut macam ni?

sebelum masuk sekolah ni baca la dulu peraturan sekolah,

kalau tak tahu peraturan baik jangan masuk.."


aduh, pedihnya hati ni.. mana lah aku tahu, aku lansung tak diberi apa2 maklumat tentang sekolah tu..

yalah, masuk guna orang dalam..

ujian kemasukan pun aku tak perlu buat, peraturan sekolah juga aku tak didedahkan..

macam mana? aduhh..

kalau ada ujian dah lama aku buat main2, tak 'hingin' sebenarnya masuk ke sekolah tu..


persepsi awal cikgu padaku semasa aku mula masuk pun dah macam tu, jadi baik aku jadi macam tu..

(fikiran waktu tak matang) huhu

hurm, rugi betul.. kenapa la aku terlalu ikut sangat dengan pandangan orang?

disebabkan kata2 yang dilemparkan cikgu disiplin padaku,

aku realisasikannya.. padahal boleh saja aku 'buat dont know' saja dan

tunjukkan padanya yang aku lebih baik dari apa yang dia sangkakan..


aku dah mula pandai 'fly' dengan motor pula, kawan ada motor..

aku pun apa lagi, tumpang sekali lah..

kelas asyik ponteng,

kerja sekolah tak pernah buat..

yelah, cikgu kata aku jahat kan.. so aku buktikan jelah.. (ya Allah, bodohnya aku..)

kawan aku pernah memujukku supaya ber'couple'..

walaupun aku ni bukanlah budak yang baik, tapi aku ada perinsip sendiri yang aku

takkan 'couple'..




"ana, kau ni asyik single je.. cuba kau jadi macam kami ni haa, waktu birthday dapat hadiah besar2..

boleh keluar date tiap2 hari..

pakwe ambil dengan kereta lepas habis sekolah, boleh bercuti sama2..

kau tak teringin ke? tak sporting betul arr kau nih.. ke kau lesbian?'"


aduh, tiba2 pula aku dituduh macam tu.. ok fine, disebabkan tak nak orang kata macam2,

so aku pun 'accept' jela..

hensem tak hensem, asalkan aku tak kena tuduh..

so, aku pun cuba la, walaupun sebenarnya aku tak pernah sayang lelaki tu..

tapi kawan punya pasal.. aku redah saja..

tapi apa yang aku bersyukur sangat, aku tak pernah jumpa pun lelaki tu..

dan punya la Allah tu maha pengasih, tak sampai 2 bulan..

handphone aku kena rampas dengan ayahku sendiri, (terima kasih abah)

aku terpaksa tipu kawan2 yang handphone hilang,

tapi sebenarnya..... Allah saja yang tahu..

pasal handphone jugala aku hampir2 kena buang dari sekolah,

pasal handphone jugala aku makin sosial..

ya Allah, terlalu hina diri ini..


handphone memang sangat penting kegunaanya, tapi kalau disalah gunakan..

akan memakan diri sendiri..


tingkatan 5


disebabkan aku dapat keputusan yang memberansangkan (alhamdulillah),

aku dipindahkan semula ke sekolah lamaku seperti yang dijanjikan ayahku..

perangai aku tetap tak berubah sehinggalah aku dipanggil oleh pengetua (lagi?) kerana aku

telah melukis gambar tengkorak di bilikku..

bukan aku sengaja sebenarnya, tema bilikku adalah tema kapal dan laut..

tak tahu mengapa tangan ni gatal sangat lukis gambar tengkorak, kononnya

nak tiru cerita 'pirates of carribien'..


"anti ni bukan ke ketua black metal waktu tingkatan 3 dulu kan?"

ya Allah, sampai macam itu sekali gelaran yang diberikan padaku..

tapi aku sedar, salah aku juga sebab selalu cari pasal..

aku hanya mampu mengiakan..


"anti tahu tak gambar tengkorak tu melambangkan kematian, kekejaman?

buih2 yang anti lukis tu pula sama perumpamaanya dengan mayat2 busuk..

anti tahutak? anti belajar agama kan?

sebelum buat apa2, fikir dulu..

kenapa tak buat tema bunga ka, pokok ka.."



benar, mengapa aku tak pernah memikirkannya? padahal benda simple saja, bukannya susah..

tapi secara jujurnya, tak pernah aku terfikir sampai macam

itu sekali, bagiku, aku hanya sekadar suka2.. tapi pendapat para ilmuan?

sangat dalam maknanya..


kali ni, aku cuba untuk membersihkan nama 'burukku' yang sebelum ni memang dah buruk pun..

jadi, aku menyertai pertandingan taranum untuk peringkat sekoah,

alhamdulillah dengan izin Allah aku terpilih untuk peringkat yang

seterusnya, peringkat zon utara..

dan alhamdulillah, aku berjaya ke peringkat negeri..

cuma tak kesampaian untuk ke peringkat kebangsaan..

tapi, adakah guru2ku masih menerimaku? aku cuba untuk mengharumkan nama sekolah dengan pencapaianku, walaupun hanya pencapaian kokurikulum..


tapi aku sedar, bukan dengan pencapaian kokurikulum atau akademik sahaja yang menjadi

kebanggaan ibu bapa dan guru2 ku.. tetapi yang paling penting adalah syakhsiah..

kalau akademik dan kokurikulum bagus, apa gunanya kalau tiada akhlak.. bukan takat manusia saja yang tak pandang, di sisi Allah

apatah lagi..


ibuku selalu berpesan,

"jaga diri dan hati dari maksiat kerana maksiat itu pengahalang dari kejayaan.."


sungguh, aku tidak tahu sebelum ini..

hurmm, nak hampir SPM baru aku ada kesedaran itu..

kesedaran untuk belajar, kesedaran untuk menjadi yang lebih baik..

tapi aku sedar, belum terlambat untukku merubah keadaan..

satu hari aku sedang berdiskusi subjek Syariah Islamiyah, tajuk perkahwinan

dengan salah seorang rakanku, Masitah..

"masit, laki yang baik untuk perempuan yang baik saja kah?

untung kan kalau kita dapat laki yang baik.."

kawan aku hanya tersenyum..

"ana, semua orang pun nak suami yang baik..

tapi kalau dia dapat perempuan macam kita, adilkah untuk dia?

he deserves more better.."


aku terkelu, kata2nya sebentar tadi betul2 membuatku terpana seketika..

betul, manusia sangat mementingkan kesempurnaan..

tapi, kita tak pernah tengok pada diri sendiri samada kita ni dah cukup baik kah untuk dapat orang yang baik??


mungkin kata2nya sangat simple, tapi ianya bermakna buatku sehingga ke hari ini..

dengan kata2 hikmat itulah, aku cuba buang satu2 kawan

lelaki yang pernah ku kenal/rapat.. memang susah, sampai menangis2 aku dibuatnya..

aku sedar susah sebenarnya untuk tinggalkan sisa2

hidup yang sudah lama menjadi darah dagingku, tapi walau pahit untuk ditelan, aku cuba juga..

mungkin mereka2 yang aku tinggalkan akan sakit hati dan membenciku, tapi biarlah....

aku lebih pentingkan pandangan Dia.. ya, pandangan Dia..


............................................................................................................................................


sehingga ke hari ini, bila terkenang kisah lama..

aku akan menangis, ya Allah, terlalu banyak dosaku padaMu..

tapi, Dia tak pernah meninggalkanku.,

sungguh, walaupun sesaat..

Dia kurniakanku ibu dan ayah sebagai tempat untuk bermanja,

Dia berikanku makanan, tempat tinggal, tempat untuk aku menuntut ilmu,

Dia masih memberiku peluang dan kesedaran untuk aku berubah..

sayangnya Dia padaku..


sungguh, kalau Dia tak beri nikmat iman dan islam padaku, siapa lagi yang mampu beri?

kalau Dia tak beriku makanan, minuman, tempat tinggal..

siapa lagi yang sanggup berikanku semua itu??


Allah yang maha pengasih, maha penyayang maha berkuasa.. Dia yang beri semua itu padaku..

pada rakan2 dan pembaca diluar sana, aku menyeru pada semua terutamanya pada diri yang lemah ini..


jika ada lintasan untuk berubah, maka bersegeralah kerana lintasan itu datang dari Allah..




jangan terlalu merasa rendah diri untuk bertanya..

"what should I do to be a better one? to be a better servant to Him..?"


mari kita berbalik pada ayat ini..

"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan hanyalah untuk beribadah padaKu."

(Az Zariat : 56)


ya, kita hidup bukan untuk suka2..

tapi kewujudan kita di dunia ini adalah untuk berubudiyah padaNya..

untuk tunduk pada ketetapanNya..

sentiasalah mohon dan minta sungguh2 padaNya supaya tidak dibalikkan hati kita

setelah Dia memberikan kita hidayah..

kerana, hanya Dia yang berkuasa untuk memberi hidayah pada hamba yang Dia suka..


dan jangan sesekali buka ruang, ya peganglah yang itu!

jangan sesekali buka ruang pada syaitan dan nafsu dari bermaharaja lela dalam diri kita..


suka untuk aku sebut sebelumku akhiri kalam ini..


people can change, and WE can change for the better! WE are the chosen one! insyaALLAH..

Friday, March 19, 2010

Bila Al Quran mula bersuara...


Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku..

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang..

Aku,kau junjung dan kau pelajari..

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari..

Setelah selesai engkau menciumku mesra..


Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu..

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan..

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu..


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa..

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan..

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian..

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan..

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman..

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu..

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia..

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,..

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah)..

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi..

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu..

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..

Mengasyikkan..


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja..

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu..

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan..

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu..

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku..


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV..

Menonton siaran telivisyen..

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah..

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu..

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama..


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali..

Itupun hanya beberapa lembar dariku..

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu..

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku..

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu..


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba..

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?..

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu..

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t..


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu..


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan...

Yang akan membantu engkau membela diri..

Dalam perjalanan ke alam akhirat...

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu...

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu...


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari...

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci...

Yang berasal dari Allah Azzawajalla..

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah..

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu..

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu..

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu...

Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat..

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil..

Di surau kecil kampungmu yang damai..

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....